HomeUtamaKerajaan sentiasa hargai pengorbanan, sumbangan penjawat awam – Dr. Joachim

Kerajaan sentiasa hargai pengorbanan, sumbangan penjawat awam – Dr. Joachim

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan sentiasa menghargai pengorbanan dan sumbangan yang diberikan oleh penjawat awam yang merupakan aset penting sebagai agen pengantara di antara rakyat dan kerajaan, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam.

Katanya, kerajaan memberikan penganugerahan dan penghargaan yang merupakan manifestasi keprihatinanannya dalam menghargai para penjawat awam.

“Sebagai aset penting Kerajaan, para penjawat awam juga perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam setiap tugas yang diamanahkan,” kata Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) di Hotel Hilton, di sini pada Khamis (18 Mei).

Dr. Joachim juga menyeru agar warga kerja memberi penekanan kepada pembinaan sahsiah (character building) iaitu melalui penambahan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran (multitasking) seiring dengan rentak arus pemodenan dan amalan budaya baharu.

“Ini selain mengamalkan nilai-nilai murni serta ciri-ciri peribadi yang positif termasuk mengutamakan aspek integriti yang tinggi dalam menjalankan tugas yang telah diberikan.

“Aspek integriti dan pemantapan anti-rasuah haruslah sentiasa menjadi agenda utama sesebuah organisasi agar sentiasa kukuh dan telus,” tegasnya.

Beliau berharap penganugerahan dan penghargaan pada majlis ini menjadi sumber inspirasi serta motivasi semua warga kerja untuk membentuk budaya perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti dan berprestasi tinggi seiring dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya