HomeUtamaMohd Ali Tamby mulakan tugas sebagai Komander baharu ESSCOM

Mohd Ali Tamby mulakan tugas sebagai Komander baharu ESSCOM

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Ketua Staf Pasukan Khas Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Deputi Komisioner Polis (DCP) Mohd Ali Tamby memulakan tugas sebagai Komander ESSCOM yang baharu bermula hari ini.

Beliau dilantik bagi menggantikan DCP Datuk Hamzah Ahmad yang bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. 

Mohd Ali berkelulusan Sarjana Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan memulakan karier dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada tahun 1988 dengan menyertai Latihan Asas Kepolisan yang tamat pada tahun 1990.

Beliau seterusnya menyertai Pasukan Elit PDRM iaitu Unit Tindakhas (UTK) selama 25 tahun. 

Beliau juga pernah menyandang beberapa jawatan penting seperti Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Ipoh, Perak selain pernah berkhidmat sebagai pegawai pengiring kepada pemimpin negara. 

Mohd Ali yang sebelum ini merupakan Ketua Staf Pasukan Khas ESSCOM sejak tahun 2019 telah berkhidmat selama 35 tahun tiga bulan dalam PDRM.

Dengan pengalaman luas serta kemahiran yang ada akan diyakini mampu memberi suntikan baharu serta menerajui ESSCOM ke tahap yang lebih cemerlang. 

Dalam pasa itu, upacara Majlis Serah Terima Tugas Komander ESSCOM secara rasmi akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu pada suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. 

Selain jawatan komander, ESSCOM turut menerima beberapa pertukaran Ketua Staf iaitu Superitendan Assistan Komisioner (SAC) Mohamad Pajeri Ali, Ketua Staf Pasukan Siasatan Khas/ Teknikal; SAC Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa sebagai Ketua Staf Pasukan Khas; dan SAC Azli Amin, Ketua Staf Perisikan.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : MUIS jalin kerjasama dengan beberapa universiti bangun HHS...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya