HomeSukanWaspada kebangkitan Terengganu FC leburkan rekod tanpa kalah Sabah FC

Waspada kebangkitan Terengganu FC leburkan rekod tanpa kalah Sabah FC

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC perlu waspada dengan kebangkitan Terengganu FC sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah beraksi di Stadium Likas malam esok.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, Terengganu FC sebelum ini tewas kepada Sri Pahang FC sudah tentu akan membuktikan mereka akan meleburkan rekod tanpa kalah Sabah FC di gelanggang sendiri.

“Kita tidak boleh mengambil mudah apabila bermain menentang pasukan Terengganu FC,  mereka tewas  kepada Sri Pahang FC sebelum ini tetapi mereka membuktikan masih berada dalam kelompok yang terbaik ketika ini.

“Kita harus kekalkan apa yang telah kita lakukan pada tiga perlawanan yang lepas dan memastikan kita teruskan rekod tanpa kalah di Stadium Likas,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, ini penting untuk Sabah meneruskan saingan liga supaya tidak tercicir mata di tempat sendiri.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata,  beberapa pemain utama termasuk Park Taesu, Kwang Min Ko serta beberapa pemain lain masih berada dalam senarai kecederaan.

“Kita masih menunggu sehingga saat-saat akhir sama ada mereka dapat diturunkan atau sebaliknya.

“Pada masa yang sama saya percaya beberapa pemain lain sudah bersiap sedia untuk diturunkan sekiranya diberikan peluang beraksi malam esok,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya