HomeIsu tempatanMasyarakat luar bandar perlu bijak cari inisiatif tambah pendapatan keluarga - Jonathan

Masyarakat luar bandar perlu bijak cari inisiatif tambah pendapatan keluarga – Jonathan

Read Time:1 Minute, 49 Second

RANAU: Masyarakat luar bandar diseru agar berusaha mencari produk sendiri untuk maju tanpa bergantung terhadap bantuan daripada pihak kerajaan.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata, penduduk luar bandar perlu bijak mencari inisiatif dengan membuka kawasan tanah pertanian dengan tanaman yang sesuai bagi menambah pendapatan keluarga mereka.

“Selain aktiviti bidang pertanian, perladangan dan penternakan kita juga boleh mengusahakan industri Tagal ikan air sungai sebagai satu lagi industri jangka masa panjang.

“Tagal’ MOU Kg.Tontolob Liwan di sini, boleh dijadikan contoh untuk maju ke hadapan dalam mewujudkan produk industri setempat yang boleh dijadikan sumber pendapatan penduduk sesebuah kampung”, jelas Jonathan  ketika berucap pada majlis Pemantauan Tagal MOU Kg.Tontolob Liwan di sungai Madsangoh baru-baru ini.

Majlis yang julungkali diadakan itu,
merupakan inisiatif lebih 50 keluarga yang kini mencecah lebih 500  penduduk Kg.Tontolob Liwan mengusahakan tagal berkenaan yang telah didaftarkan sejak dua tahun lepas.

Kg.Tontolob Liwan terletak kira-kira 24 kilometer dari pekan Ranau  dan 35 kilometer dari pekan Tambunan.

Jonathan dalam ucapannya memuji komitmen penduduk Kg.Tontolob Liwan, kerana inisiatifnya mewujudkan sistem tagal sebagai alternatif menjaga serta mengekalkan hidupan air sungai seperti spesis ikan untuk diwarisi generasi akan datang.

“Melalui sistem ‘Tagal’ ini satu cara kita memelihara hidupan air seperti ikan agar tidak pupus menjadi mangsa  kerakusan mereka yang tidak bertanggungjawab sengaja menggunakan bahan racun (tuba) dan bahan letupan untuk mendapatkan ikan dalam masa yang singkat.

“Mereka itu tidak memikirkan jangka masa panjang untuk generasi mereka pada masa akan datang “, jelasnya.

Beliau turut menyifatkan pewujudan sistem tagal sebagai langkah bagi mendapatkan sumber ekonomi penduduk jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh, jujur dan penuh kesabaran.

“Saya mengharapkan kepada penduduk khususnya Jawatankuasa Tagal di sini, supaya sabar dalam melaksanakan sistem tagal meskipun  menghadapi pelbagai cabaran mendatang.

“Sebenarnya untuk mencapai kejayaan terhadap apa juga usaha  memerlukan kesabaran kita walaupun berhadapan dengan cabaran yang cuba mematahkan semangat untuk maju”, tambahnya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Tagal MOU, Kg.Tontolob Liwan, Asmat Daimin, Pegawai  Perikanan daerah Tambunan, Alfon Ted Anthony, Pegawai Pemantau Projek Pejabat Parlimen Ranau, Dominik Kasuman, Pemaju Masyarakat Tambunan,  Mohd. Hamjjaz Iqbal, Pengerusi JPKK Kg.Tontolob Liwan, Mohd. Nursaifullah Jaicob dan Ketua Kampung Tontolob Liwan,  Jamain Daimin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya