HomeUtamaKerajaan akan terus laksana program tingkat kualiti, taraf hidup di Telupid

Kerajaan akan terus laksana program tingkat kualiti, taraf hidup di Telupid

Read Time:1 Minute, 33 Second

TELUPID: Kerajaan akan terus melaksanakan program-program bagi membantu meningkatkan kualiti dan taraf hidup penduduk di daerah Telupid.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, beliau melihat Telupid berpotensi untuk dibangunkan memandangkan kedudukannya sebagai daerah perantaraan yang menghubungkan Kota Kinabalu dan Sandakan.

Katanya, program-program ini secara langsung akan membantu merancakkan lagi ekonomi daerah ini.

Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata demikian ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Telupid yang diadakan Dewan Masyarakat Telupid, kelmarin (19 Mei).

Dr. Joachim (belakang, empat dari kiri) dan para jemputan lain merakamkan gambar kenangan bersama Johan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Daerah Telupid, Doren Olivia Gilbert (tengah), pemenang tempat kedua, Magdalena Dinoh (kiri) dan pemenang tempat ketiga, Malshanna Trixie Ellixius (kanan).Foto ihsan KKTP Sabah

Dr. Joachim berharap semua yang merayakan Pesta Kaamatan menghayati tema perayaan tahun ini iaitu Kaamatan Membudayakan Perpaduan

“Tema tersebut bertepatan dengan usaha Kerajaan dalam menyatupadukan etnik Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) bersama dengan etnik/ suku lain yang terdapat di negeri menerusi perayaan Pesta Kaamatan ini.

“Kaamatan adalah masa untuk kita berkumpul dan bersama-sama meraikan kesyukuran kepada Tuhan di atas hasil tuaian ataupun kerja kita pada tahun ini.

“Bersesuaian dengan tema pada tahun ini, Kaamatan Membudayakan Perpaduan dapat menyatupadukan kita semua tidak kira kecil besar, tua dan muda dari segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Dr. Joachim turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid yang juga Setiausaha Politik kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Jonnybone J. Kurum atas pelaksanaan sambutan Pesta Kaamatan Daerah Telupid dengan jayanya.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Luar Negeri Sabah yang juga ADUN Labuk, Samad Jamri; Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) merangkap ADUN Kuamut, Datuk Masiung Banah; Pegawai Daerah Telupid merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Telupid, Celestine Jetony; Ketua-ketua jabatan, Pengerusi KDCA daerah Telupid, pemimpin-pemimpin kampung dan pengerusi JPKK.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya