HomeUtamaMalaysia mahu terus bekerjasama dengan AS dalam isu iklim

Malaysia mahu terus bekerjasama dengan AS dalam isu iklim

Read Time:47 Second

Kerjasama dalam bidang peralihan tenaga boleh baharu, pengurangan pelepasan gas metana, pembiayaan iklim dan teknologi merupakan hala tuju hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan demikian setelah menerima panggilan telefon daripada Perutusan Khas Presiden AS mengenai Iklim, John Kerry.

Anwar berkata, pelbagai isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh baharu dan perubahan iklim yang kian meruncing dan memberi kesan yang dahsyat di seluruh dunia merupakan antara perkara yang dibincangkan oleh kedua-dua tokoh itu.

“Dalam perbualan itu, saya menegaskan bahawa Amerika Syarikat sebagai salah satu negara maju perlu menjadi peneraju dalam mengekang perubahan iklim dan kesan-kesannya ke atas alam sekitar dan kesihatan manusia.

“Ia dapat dilakukan dengan menyediakan bantuan kewangan, kapasiti dan sokongan teknologi yang mencukupi untuk membantu negara membangun melaksanakan agenda dan tindakan iklim masing-masing.

“Saya juga berkongsi aspirasi Malaysia untuk mencapai pelepasan GHG bersih sifar seawal tahun 2050,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya