HomeUtamaDUN Sabah: 21 geran tanah tapak sekolah di Semporna telah didaftarkan

DUN Sabah: 21 geran tanah tapak sekolah di Semporna telah didaftarkan

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 21 geran tanah untuk tujuan tapak sekolah di daerah Semporna telah didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata daripada 21 geran tersebut, sebanyak19 buah sekolah adalah sekolah rendah, manakala dua buah adalah sekolah menengah di mana salah satu daripada geran tersebut berkongsi tapak sekolah rendah.

“Kesemua geran didaftarkan atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan,” katanya semasa sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 di sini hari ini.

Nizam berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Jamil Datuk Hamzah mengenai jumlah sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya di Semporna yang status tanahnya masih belum selesai penukaran hak milik daripada Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan dan  implikasi kelewatan penukaran hak milik ini kepada sekolah.

Nizam berkata, sebanyak lima tapak sekolah masih dalam proses pengukuran atau semakan pelan, manakala enam permohonan tanah untuk tapak sekolah masih diproses oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU).

Beliau turut menjelaskan Kerajaan Negeri akan memastikan agar pendaftaran geran tanah untuk tujuan tapak-tapak sekolah berkenaan dilaksanakan dengan segera selaras dengan prosedur yang ditetapkan.

“Ini bagi mengelakkan sebarang kemungkinan implikasi yang timbul akibat kelewatan penukaran sesuatu hak milik tanah bagi tapak sekolah Kerajaan Persekutuan, khususnya kesukaran sekolah yang terlibat untuk menerima peruntukan projek pembangunan gantian dan penambahbaikan sekolah tersebut,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya