HomePendapatTeknologi Akan Pacu Ekonomi Sabah Ke Tahap Yang Lebih Baik

Teknologi Akan Pacu Ekonomi Sabah Ke Tahap Yang Lebih Baik

Read Time:3 Minute, 8 Second

oleh :- Muda Muhammad

Sudah masuk ke tahun 2023 hari ini. Dua puluh tahun lepas semua orang bercakap berkaitan millennium, globalisasi dan perkembangan teknologi tanpa sempadan. Hari ini semua itu sudah menjadi realiti di depan mata semua orang. Masyarakat dan rakyat pada hari ini adalah berasaskan teknologi.

Teknologi dan manusia tidak boleh dipisahkan. Mereka yang sibuk dengan urusan keluarga, bisnes atau bersosial akan menatap dahulu teknologi dan pelbagai aplikasi di telefon bimbit mereka sesudah bangun tidur dan sebelum tidur. Itulah putaran yang berlaku setiap hari. Jika Teori Abraham Maslow boleh diubah semula, teknologi akan masuk sebagai antara asas keperluan manusia.

baru-baru ini, Ketua Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berkata teknologi digital akan menjadi faktor utama yang mempengaruhi perdagangan pada masa hadapan. Ketua Pengarah WTO, Ngozi Okonjo-Iweala, membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan usahawan muda dalam sektor digital di ibu pejabat gergasi portal internet Naver Corp, di tenggara Seoul, Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga.

Menurut laporan berita daripada Korea itu, ketua pengarah itu berkata bahawa teknologi digital akan menentukan masa depan perdagangan dan peralihan digital akan mewujudkan peluang dan cabaran terhadap perniagaan serta kerajaan. Ya, tidak terkecuali di Sabah dan juga di Malaysia. Teknologi digital akan menjadi pemacu baharu ekonomi di semua tempat.

Dalam usaha memacu ekonomi berasaskan teknologi ini, prasarana teknologi dan capaian internet di Sabah perlu diperkemas dan diperhebatkan lagi. Dengan capaian yang lebih baik, ianya dapat  menghubungkan manusia dengan manusia, bandar dengan kampung, kampung dengan kampung dan penjual dengan pembeli. Mereka yang berada jauh di pedalaman pun tidak akan merasa terasing jika dapat berkomunikasi dengan lancar menerusi panggilan video atau pun Whatsapp.

Bila group Whatsapp terhenti, segalanya akan terhenti bagi orang yang bisnes dan ramai kawan. Segalanya akan jadi muram dan tidak serba tidak kena. Jika talian internet laju dan menyeluruh, perkara itu tidak akan berlaku. Mereka yang berniaga online di Tik Tok, Shopee, Facebook, dan Instagram tidak akan terputus hubungan dengan pelanggan mereka.

Sabah pernah jadi kuasa ekonomi terhebat di Malaysia. Pada tahun 2017, kadar pertumbuhan ekonomi negeri Sabah adalah yang tertinggi sekali antara negeri lain di Malaysia iaitu pada kadar 8.2%. 

Kesan daripada pandemik telah menjejaskan keseluruhan struktur ekonomi, termasuklah di Malaysia dan seantero dunia. Ekonomi Sabah tumbuh sederhana pada kadar 1.1% pada tahun 2021 dipengaruhi oleh kejatuhan dalam sektor Pembuatan dan Pertanian yang berteraskan aktiviti huluan dan hiliran kelapa sawit ekoran penyusutan dalam pengeluaran komoditi ini.

Keseluruhannya, Sabah mencatat pertumbuhan ekonomi yang lebih baik antara 4% hingga 5% antara tahun 2022 dan 2023.  Tidak mustahil dengan penekanan yang lebih kepada teknologi terutamanya Internet Kebendaaan (iOT) dan AI (Artificial Intelligence), ekonomi Sabah boleh dipacu ke arah yang lebih baik.

Jika Sabah boleh ada syarikat minyak sendiri, kenapa tidak Sabah memiliki syarikat iOT sendiri. Boleh bermula dengan kajian awal dengan mengumpulkan semua pakar teknologis dan saintis. Ramai juga anak Sabah yang pintar dan berkebolehan dalam bidang ini. Ini kerana, Intel, Microsoft, Oracle, Amazon Web Services, Cisco,Huawei dan LG telah pun mengeluarkan produk berasaskan teknologi IoT mereka yang tersendiri.

Jika dilihat sepintas lalu di dashboard Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, ada banyak lagi perkara baharu yang boleh ditambah baik untuk memacu ekonomi Sabah. Program usahawan baru hanya 38 jumlahnya, domain berdaftar belum pun sampai 1,000 bilangannya, program berimpak belum sampai 100 jumlahnya dan lain-lain lagi.

Keseluruhanya, jika ada satu dashboard ekonomi digital dan teknologi yang lebih mapan dan berpandangan jauh, ekonomi Sabah akan dipacu dengan lebih hebat lagi. Rakyat Sabah ramai, tanah Sabah luas. Ramai anak Sabah yang berkebolehan. Rugi jika tidak digunakan sumber tenaga ini sepenuhnya.

Masih belum terlambat untuk bermula, merancang dan melakar sesuatu kerana jika Kalimantan sudah dibangun dan berfungsi, Sabah tidak boleh tertinggal dengannya. Dua puluh tahun lagi, ekonomi Sabah akan dipacu oleh teknologi sepenuhnya.

RELATED ARTICLES
Pendapat

Anak Sabah akan dilengkapi dengan kemahiran TVET, mampu bersaing dalam pasaran...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya