HomeSukanMachelne FC juara piala pusingan ADUN Sook

Machelne FC juara piala pusingan ADUN Sook

Read Time:1 Minute, 2 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Keningau : Pasukan Machelne FC berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak sembilan sebelah terbuka lelaki piala pusingan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook di sini semalam.

Kejohanan yang diadakan di Padang Kampung Delayan Lama itu telah dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga ADUN Sook Datuk Ellron Angin.

Beliau turut menyampaikan hadiah kepada para pemain yang bertanding.

Tempat kedua kejohanan berjaya dimenangi pasukan Delayan Lama FC dan pasukan Masusun FC ditempat ketiga manakala Karamatoi FC pula berada di kedudukan keempat.

Kejohanan yang bermula pada 20 Mei itu berakhir semalam dengan penyertaan seramai 33 pasukan daripada seluruh Daerah Kecil Sook.

Ellron dalam ucapannya berkata,  kejohanan tersebut akan diadakan lebih awal pada tahun hadapan bagi membolehkan lebih ramai pasukan akan bertanding dalam kejohanan ini.

“Penganjuran  awal ini mengelakkan pertembungan dengan acara-acara lain seperti sambutan raya dan Kaamatan yang menyebabkan kurang penyertaan,” katanya.

Selain itu beliau berkata, kejohanan ini merupakan platform penting bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam terutamanya dalam kalangan pemain-pemain muda.

Difahamkan kejohanan ini merupakan penganjuran bersama diantara Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Sook dengan Belia St. Gaudensius Delayan Lama yang bertujuan untuk mengumpul dana pembinaan gereja Katolik di kampung berkenaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Pasukan Bola Sepak Veteren Lahad Datu juarai kejohanan Piala MP Ranau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular