HomeIsu tempatan80 KIR terima sumbangan bakul makanan sempena program 'Aku Mau Kaamatan'

80 KIR terima sumbangan bakul makanan sempena program ‘Aku Mau Kaamatan’

Read Time:1 Minute, 18 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Penampang : Seramai 80 Ketua Isi Keluarga (KIR) terdiri dari golongan B40 di sekitar Kampung Sugud, Penampang di sini menerima sumbangan bakul makanan daripada Bank Rakyat.  

Sumbangan yang disalurkan menerusi Program ‘Aku Mau Kaamatan 2023’ itu adalah bersempena dengan Pesta Kaamatan yang akan diadakan bermula esok sehingga 31 Mei ini.

Pemangku Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, jumlah penyerahan sumbangan bakul makanan bagi program itu di Sabah adalah sebanyak RM30,500.

Katanya, program itu juga merupakan inisiatif Jangkauan Komuniti Bank Rakyat yang dilaksanakan bagi tahun kedua dengan kerjasama Pejabat Wilayah serta cawangan Bank Rakyat di seluruh Sabah.

“Sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban serta memberi keceriaan kepada penerima terutama yang meraikan perayaan Pesta Kaamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian cawangan Bank Rakyat Penampang di sini yang telah disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Pada majlis itu juga, Ewon turut menyampaikan sumbangan berkenaan kepada wakil penduduk kampung berkenaan yang sebelum ini sering terjejas akibat banjir di daerah ini.

Ewon ketika di temui berkata, beliau amat menghargai kesudian Bank Rakyat dalam membantu keluarga golongan memerlukan khususnya di daerah ini yang bakal menyambut Pesta Kaamatan.

“Sudah tentu dengan adanya sumbangan ini ianya amat bermakna sekali buat penerima dan berharap agar sambutaan Kaamatan ini lebih bermakna.

“Selain membantu golongan memerlukan, Bank Rakyat turut sekolah-sekolah bukan hanya di Sabah tapi di seluruh negara dan ini menunjukkan Bank Rakyat sudi untuk berkongsi keuntungan mereka untuk dikembalikan kepada semula kepada rakyat di negara ini,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KAFA UMS komited fokus kemenjadian murid seimbang ilmu, adab dan sahsiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya