HomeSukanSAFA rangka pelan pembangunan bola sepak Sabah

SAFA rangka pelan pembangunan bola sepak Sabah

Read Time:1 Minute, 16 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Pitas : Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) akan mengadakan mesyuarat pertamanya bagi merangka pelan pembangunan dan perancangan terhadap perkembangan bola sepak di negeri ini.

Presiden SAFA Datuk Ir Shahelmey berkata, pihaknya berharap barisan jawatankuasa yang baharu dibentuk dapat memberi kerjasama sebagai satu pasukan dalam membangunkan bola sepak Sabah.

“Barisan jawatankuasa SAFA bagi tahun 2023 / 2027 baru saja dibentuk  dan kita akan memanggil satu mesyuarat pertama untuk merangka pelan-pelan pembangunan dan perancangan terhadap perkembangan bola sepak di negeri ini.

“Kita berharap agar barisan jawatankuasa ini nanti akan dapat bekerjasama sebagai satu pasukan dan kita juga berharap mutu bola sepak di Sabah akan dapat kita pertingkatkan lagi dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala ADUN Pitas di sini semalam.

Hadir sama Pembantu Menteri Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas Dato Sri Ruddy Awah.

Mengenai penganjuran kejohanan itu, Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, kejohanan yang pertama kali diadakan adalah bertujuan bagi memupuk minat terhadap sukan bola sepak khususnya di daerah Pitas.

Katanya, kejohanan itu juga menjadi antara platfrom Pitas FA untuk mencungkil bakat-bakat baharu daripada masyarakat yang ada di daerah ini.

“Saya difahamkan, sebanyak 30 pasukan daripada daerah ini akan menyertai kejohanan tertutup yang akan berlangsung selama sebulan.

“Saya berharap dengan adanya kejohanan ini akan dapat mencapai objektif bagi memupuk minat terhadap sukan bola sepak selain mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Lebih 800 atlet sertai MASUM Fasa Satu 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya