HomeEkonomiBank Rakyat terus beri fokus pembangunan usahawan luar bandar termasuk di Sabah.

Bank Rakyat terus beri fokus pembangunan usahawan luar bandar termasuk di Sabah.

Read Time:1 Minute, 24 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Penampang: Bank Rakyat terus memberi fokus kepada inisiatif pembangunan usahawan, koperasi, penjaja dan peniaga kecil khususnya di daerah luar bandar di seluruh negara termasuk di Sabah.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, inisiatif itu mampu dilaksanakan menerusi jaringan kerjasama strategik dengan agensi Kerajaan serta swasta.

“Saya berharap agar Bank Rakyat akan terus gigih dan komited dalam mencapai misinya untuk ‘Memacu kemakmuran ekonomi anggota, pelanggan dan negara bangsa’ dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan pertumbuhan negara.

“Ini adalah bagi memastikan inisiatif yang telah digariskan di bawah perancangan Belanjawan 2023 dapat dimanfaatkan oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di semua peringkat kumpulan sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan cawangan Bank Rakyat Penampang di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Senator Saraswathy Kandasami, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Pemangku Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, Bank Rakyat cawangan Penampang itu telah beroperasi sejak tahun 2007 dan merupakan antara 13 buah cawangan Bank Rakyat yang terletak di Negeri Sabah.

Beliau turut berpendapat bahawa masyarakat di daerah ini sangat bertuah kerana dapat menyaksikan serta menikmati pembaharuan dari segi infrastruktur dan fasiliti yang dibawa oleh Bank Rakyat sebagai salah satu usaha berterusan dalam  membantu meningkatkan taraf kehidupan serta ekonomi penduduk.

“Tahniah saya ucapkan kepada Bank Rakyat kerana sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam mengukuhkan rangkaian perniagaannya di setiap pelusuk negara tidak kira di bandar mahu pun di luar bandar.

“Ini adalah demi kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya dan bukan hanya mementingkan keuntungan serta operasi perniagaannya semata-mata,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Jiangxi, Sabah meterai MoU, jalin rangkaian perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya