HomeUtamaPesta Kaamatan boleh diiktiraf sebagai program Kebangsaan

Pesta Kaamatan boleh diiktiraf sebagai program Kebangsaan

Read Time:1 Minute, 29 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Penampang : Perayaan Pesta Kaamatan yang telah dirayakan lebih 60 tahun dilihat sudah boleh diiktiraf sebagai program kebangsaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata, selain di Sabah, perayaan itu juga turut diraikan di seluruh dunia seperti; Australia, New Zealand, Scotland dan banyak lagi termasuk beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

“Perayaan ini membawa dunia lebih dekat dengan sifat-sifat ‘Nationalisme’ yang tertanam di hati kita. 

“Perdana Menteri akan ada bersama-sama kita pada esok hari,  mungkin sudah tiba masanya untuk Kerajaan Malaysia mengiktiraf Perayaan Pesta Kaamatan sebagai Perayaan Kebangsaan, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Sambutan Pesta Kaamatan 2023 di Dewan Hongkod Koisaan Persatuan Kadazan Dusun Sabah di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Jeffrey yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan Negeri Sabah berkata, pihaknya mencadangkan agar Pusat Kebudayaan Borneo ditubuhkan bagi mempamerkan kepelbagaian budaya  di  Sabah  serta persembahan yang kerap untuk pengunjung luar dan dalam negara. 

Dalam pada itu, Jeffrey berkata, semua pihak perlu bermuafakat, berganding bahu dan berjuang teguh bersama dalam mempertahankan dan menjaga alam semula jadi serta menangani pelbagai isu seperti kadar inflasi, perubahan iklim dan kekurangan bekalan makanan tatkala menikmati arus permodenan.

“Sebagai penduduk bumi yang kita cintai ini, kita harus bersyukur dengan khazanah yang dikurniakan oleh Tuhan dengan mempraktikkan amalan-amalan yang sepatutnya dalam kehidupan seharian untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.  

“Selain daripada itu, satu jawatankuasa yang terdiri daripada beberapa agensi kerajaan telah ditubuhkan bertujuan untuk menyenaraikan Pesta Kaamatan atau tujuh produk kepada UNESCO,”katanya.

Tambahnya, beberapa siri mesyuarat telah diadakan dan forum yang pertama telah dilaksanakan baru-baru ini dan ia akan diteruskan sehingga tujuh forum terlaksana.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya