HomeIsu tempatanFeri kenderaan, penumpang ditahan , kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1957...

Feri kenderaan, penumpang ditahan , kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1957 (MSO)

Read Time:1 Minute, 9 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Labuan : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah feri kenderaan dan penumpang di kedudukan 2.0 batu nautika Barat Laut Pulau Daat pada jam 11.15 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, dalam operasi yang dilaksanakan pihaknya bersama Jabatan Laut mendapati sebuah feri kenderaan dan penumpang didapati gagal melaporkan pertukaran nakhoda serta sijil penumpang telah tamat tempoh.

“Semasa diperiksa, feri tersebut dikendalikan oleh seorang nakhoda, warganegara Filipina berumur 63 tahun dan empat kru yang lain terdiri daripada warga tempatan berumur dalam lingkungan 20 hingga 67 tahun.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) kerana disyaki tidak melaporkan pertukaran nakhoda (Ship Registery) kepada Pegawai Pelabuhan dan Sijil Penumpang yang telah tamat tempoh,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nudin berkata, feri tersebut telah diiring ke Jeti Zon Maritim Labuan sementara nakhoda serta seorang krew bersama dokumen feri dibawa ke Pejabat Zon Maritim Labuan untuk siasatan lanjut.

Katanya, Maritim Malaysia menegaskan kepada semua pemilik dan nakhoda bot dan feri agar sentiasa memastikan segala prosedur dan peraturan dipatuhi.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sebarang aktiviti atau salahlaku jenayah di laut.

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-453777 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan Pesta Kaamatan daerah Tuaran bermula 4 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya