Dua acara baharu bakal diadakan sempena sambutan Hari Jadi TYT

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 15 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Dua acara baharu bakal diadakan sempena sambutan perayaan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, ia merupakan antara 15 acara lain yang telah disusun atur sepanjang sambutan perayaan berkenaan.

“Dua acara baharu itu adalah Pameran Interaktif Digital Institusi Tuan Yang Terutama (TYT) dan  Malam Ilmuan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perayaan yang pertama di Bangunan Innoprise di sini hari ini.

Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, beberapa acara lain yang akan dilaksanakan termasuklah Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa; Istiadat Perbarisan, Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan Bintang-bintang Kebesaran Negeri Sabah dan Majlis Jamuan Negeri.

Selain itu katanya, turut diadakan Majlis Sanjungan Kasih, konvoi bermotosikal berkuasa tinggi PDRM bersama Tuan Yang Terutama, Majlis Jamuan Teh Bersama Kanak-kanak Istimewa dan Anak-anak Yatim dan Berbasikal Bersama TYT.

“Acara lain adalah Majlis Perasmian Pameran Khas ‘Dirgahayu Tuan Yang Terutama’, Majlis Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Perdana Tahunan Negeri Sabah, Kejohanan Golf Amal TYT, Majlis Sambutan Hari Etnik dan Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah.

Joachim turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan sambutan itu nanti.

Hadir sama Pembantu-pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Datuk Isnin Aliasnih dan Mohamad Hamsan Awang Supain, dan Setiausaha Tetap yang juga Setiausaha Jawatankuasa Induk, Datuk Dr. Jamili Nais. – SABAH MEDIA.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *