HomeIsu tempatanFSSA UMS rai 3 perayaan dalam majlis jalinan mesra 2023

FSSA UMS rai 3 perayaan dalam majlis jalinan mesra 2023

Read Time:55 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraikan gabungan tiga perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Pesta Gawai dalam satu Majlis Jalinan Mesra, baru-baru ini.

Dekan FSSA, Prof. Dr. Jualang Azlan Gansau berkata, penganjuran majlis berkenaan merupakan satu inisiatif fakulti dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi FSSA (KRiS), Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, kakitangan akademik dan pentadbiran serta pelajar dalam usaha memupuk kerjasama dan saling menyantuni antara satu dengan yang lain.

“Semangat kerjasama yang diterapkan merupakan tonggak utama kejayaan pelaksanaan majlis ini dalam mewujudkan kemeriahan di kalangan pelajar dan kakitangan fakulti.

“Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pelaksana Majlis Jalinan Mesra FSSA 2023,” katanya.

Bertemakan kelestarian warisan budaya berbilang kaum di Sabah dan Sarawak, majlis tersebut diserikan lagi dengan persembahan tarian oleh kumpulan pelajar FSSA, persembahan nyanyian kumpulan Buskers UMS, serta Pertandingan Gerai Terbaik dan Pakaian Tradisional Tercantik kategori pelajar dan staf.

Turut hadir Pegawai-pegawai Utama, Dekan Fakulti, Pusat, Institut di UMS serta kakitangan akademik, pentadbiran dan pelajar-pelajar dari sembilan program pengajian di FSSA. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya