HomeUtamaUMS hargai keprihatinan PM tangani masalah air

UMS hargai keprihatinan PM tangani masalah air

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Pengumuman peruntukan sebanyak RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu bagi melaksanakan projek penggerudian dan pusat rawatan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) amat dinantikan oleh seluruh warga universiti.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, pengumuman itu turut memberi kesan langsung kepada kesejahteraan dan kelicinan proses pembelajaran mahasiswa serta mahasiswi di UMS.

Katanya, Perdana Menteri juga sentiasa peka mengenai masalah air, elektrik dan keadaan jalan raya yang daif yang dihadapi oleh rakyat di Sabah. 

Lantaran itu tambahnya,  beberapa inisiatif akan dijayakan Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri dalam memperbaiki segala permasalahan rakyat.

“Mengambil kira permasalahan yang dihadapi warga universiti khususnya melibatkan isu air di kolej kediaman, maka Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta dengan segera bagi melaksanakan projek penggerudian dan pusat rawatan air di UMS.

“Hal ini, adalah suatu berita gembira yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh warga UMS.

“Selaku Naib Canselor, pihak UMS amat berbesar hati dan sangat gembira dengan peruntukan yang telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri berikutan masalah air yang meruncing,”katanya dalan kenyataan di sini hari ini.

Kasim berkata demikian bagi mengulas dan memberi reaksi positif kepada pengumuman Perdana Menteri yang meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menangani masalah air yang sejak dihadapi beberapa bulan ini di UMS.

Katanya, seluruh warga universiti turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memilih UMS Kota Kinabalu sebagai lokasi Program Temu Anwar @UMS Kota Kinabalu Rabu lalu.

“Peruntukan sebanyak RM3 juta yang diluluskan oleh Perdana Menteri akan digunakan sebaiknya dalam menangani masalah air yang dihadapi sejak beberapa bulan ini selain turut membelenggu kesejahteraan hidup warga kampus terutama mahasiswa mahasiswi UMS, “katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya