Fungsi, peranan Yayasan Dangsanak Sabah akan terus dipertingkatkan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 18 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Penubuhan Yayasan Dangsanak Sabah (YDS) yang ditubuhkan Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) akan terus dipertingkatkan menerusi operasi dan peranan kepada masyarakat Brunei.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, yayasan itu juga akan terus memberi fokus kepada ekonomi, kebajikan dan pendidikan masyarakat itu untuk lebih maju kehadapan.

“Baru-baru ini kita ada mengadakan majlis amal bersama penyanyi terkenal Datuk Ramli Sarip, dimana antara lain majlis itu adalah bagi memberi sumbangan kebajikan dan pendidikan kepada mereka yang layak.

“Antaranya kita telah menyumbangkan lebih kurang RM30,000 untuk Maahad Tahfiz, Madrasah dan sekolah-sekolah selain memberi anugerah pendidikan kepada anak Brunei yang berjaya dalam pendidikan,”katanya.

Beliau berkata demikian  ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tiga Tahunan PMBS bagi tahun 2023-2025 di sini hari ini.

Sementara itu, Arifin yang juga Presiden PMBS berkata, keterlibatan masyarakat Brunei khususnya dalam berpersatuan adalah  untuk meningkatkan kesedaran semua lapisan masyarakat terhadap konsep Malaysia Madani.

“Begitu juga dengan hasrat yang di sarankan oleh Ketua Menteri Sabah bahawa kepelbagain suku kaum dan etnik di Sabah ini  dapat menyumbang kestabilan ekonomi dan menjana pendapatan negeri dan rakyat amnya,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, karnival ‘Baurung-Urung’ yang berjaya dilaksanakan tahun lalu akan diteruskan tahun ini dengan beberapa penambahbaikan termasuk melaksanakan Pertandingan Mencipta Lagu Karnival.

“Selain itu, beberapa program lain akan turut diadakan pada karnival itu seperti  Pertandingan Gulintangan Brunei, Pertandingan Gambus, Pertandingan Idangan Ambuyat Brunei ternyaman, Ekspo Jualan dan Pameran produk tradisi, makanan brunei,”katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *