HomeIsu tempatanBot nelayan tempatan ditahan, kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985

Bot nelayan tempatan ditahan, kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985

Read Time:1 Minute, 9 Second

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Labuan telah menahan sebuah bot nelayan tempatan di kedudukan 14.5 batu nautika Barat Laut Pulau Tanjung Nosong di sini pagi tadi (4 Jun).

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, Kapal Maritim Malaysia yang sedang dalam rondaan Op Sejahtera, Op Khas Kuda Laut dan Op Khas Naga Timur telah melakukan pemeriksaan rutin terhadap bot nelayan tersebut.

“Hasil pemeriksaan dan geledah mendapati bot berkenaan telah melanggar syarat sah lesen Akta Perikanan 1985 dengan menggunakan peralatan menangkap ikan yang tidak dibenarkan.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa peralatan yang digunakan untuk menangkap ikan seperti Spear Gun buatan sendiri dan lain-lain lagi.

“Selain tu, sejumlah enam kru bot nelayan, lima antaranya merupakan warga tempatan termasuk tekong dan seorang warganegara Filipina yang kesemuanya berumur dalam lingkungan 18 hingga 47 tahun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Nudin, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

‘Bot serta kru bersama-sama peralatan menangkap ikan ditahan sebelum dibawa ke jeti Maritim Malaysia untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan selanjutnya,” tambahnya.

Beliau berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas sebarang aktiviti atau salahlaku jenayah di laut.

“Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-453777 atau MERS 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular