HomeIsu tempatanJurulatih legenda Korea, Kim Hyung kendali seminar memanah di Sabah

Jurulatih legenda Korea, Kim Hyung kendali seminar memanah di Sabah

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Satu seminar memanah yang luar biasa telah berlangsung selama empat hari bermula 29 Mei hingga 1 Jun lalu di Palace Hotel dekat sini kerana dikendalikan oleh jurulatih legenda Korea, Kim Hyung.

Kim Hyung untuk kali pertamanya di Sabah merupakan seorang jurulatih yang memiliki pengalaman dan kemahiran luas dalam teknik memanah moden.

Anjuran Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu (PMDKK) itu dihadiri kira-kira 40 peserta dari Kota Kinabalu, Alor Setar, Kota Marudu, Tongod dan Keningau menyaksikan seminar tiga hari dan sehari analisis untuk pemanah terpilih termasuk pemanah SUKMA.

Antara peserta ialah pemanah junior dan senior negeri, guru-guru merangkap jurulatih dan ibu bapa dari daerah-daerah yang dinyatakan di atas telah terlibat. Tiga jurulatih berpengalaman turut mengambil peluang untuk menyegarkan semula apa yang mereka pelajari daripada jurulatih berpengalaman beberapa tahun lalu.

Dalam pada itu, Valerie Wong Hsiao Hsien, timbalan pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah bersama Mohd Rezwan Osman dan Ahmed Munir turut hadir semasa seminar tersebut untuk menyaksikan jurulatih memanah bertaraf dunia, serta penyampaian sijil kepada semua peserta.

Valerie dalam ucapannya menggesa semua jurulatih untuk melaksanakan kemahiran dan ilmu yang diperolehi semasa seminar tersebut dan melahirkan ramai lagi pemanah yang handal untuk mewakili Negeri dan Negara dalam masa terdekat.

Pada masa sama, PMDKK memberi jaminan kepada pemanah dan ibubapa yang komited bahawa melalui kutipan dan dana sendiri serta tajaan, lebih banyak acara seperti ini akan dianjurkan secara berkala.

Sementara itu, Jurulatih Kim telah mengingatkan semua pemanah untuk memastikan kemahiran pemanah sentiasa segar adalah dengan menggunakannya secara kerap, melalui latihan yang konsisten, akhirnya anda akan mendapati diri anda dalam keadaan yang lebih baik untuk mengendalikan kemahiran memanah dengan baik dan memenangi emas.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya