HomeIsu tempatanEnam murid sekolah cedera ringan terlibat kemalangan jalan raya

Enam murid sekolah cedera ringan terlibat kemalangan jalan raya

Read Time:1 Minute, 11 Second

TAWAU: Enam murid Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 4 mengalami cedera ringan apabila van yang dinaiki dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam satu kejadian di Batu 5, Jalan Apas dekat sini petang tadi (6 Jun).

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata,
pada jam 1.00 petang, pihak polis IPD Tawau telah menerima
makluman berkenaan satu kes kemalangan jalanraya yang berlaku di Batu 5, Jalan Apas melibatkan sebuah van jenis Nissan dengan sebuah kenderaan pacuan empat
roda jenis Toyota.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 12.50 tengah hari ketika pemandu van persendirian seorang lelaki berumur 24 tahun
membawa enam orang penumpang terdiri dari murid sekolah SK Batu 4, Jalan
Apas yang berumur antara 10 tahun hingga 12 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Jasmin, kemalangan dipercayai
berlaku ketika pemandu van dari arah SK Batu 4 hendak menuju balik ke
Kampung Hidayat , Batu 4 dan apabila sampai di pusingan U, ketika van
hendak keluar simpang telah dilanggar oleh sebuah pacuan 4 roda yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 24 tahun yang datang dari arah jalan bertentangan.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu van telah hilang kawalan lalu terbabas
dan terbalik di lorong sebelah kiri jalan menghala ke Bandar Tawau.

“Kemalangan telah menyebabkan enam murid tersebut mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu van dan pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Jasmin berkata, pihak polis masih meneruskan siasatan. Kes disiasat di bawah Sek.43 (1)
APJ 1987.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya