HomeUtamaMount Kinabalu International Climbathon diadakan semula tahun hadapan

Mount Kinabalu International Climbathon diadakan semula tahun hadapan

Read Time:1 Minute, 6 Second

KUNDASANG: Mount Kinabalu International Climbathon akan diadakan semula pada tahun hadapan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memulakan Program Latihan Simulasi untuk Pasukan 2 daripada 30 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Altitud Tinggi (SAR-HAT) di Timpohon Gate di sini pada Selasa. Pasukan 1 telah berlepas ke lokasi latihan di Panar Laban pada Isnin.

“Hari ini saya dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kita akan menyambung semula Mount Kinabalu International Climbathon yang dihentikan pada 2017. Semoga kita dapat merealisasikannya pada tahun hadapan selepas Taman-Taman Sabah (di bawah Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) telah membuat persediaan yang diperlukan untuk membuka semula laluan pendakian,” katanya.

Menurut Christina, pendakian itu akan menjadi sebahagian daripada siri acara antarabangsa yang akan dianjurkan oleh kementeriannya untuk membawa pelancongan Sabah ke peringkat seterusnya.

Turut dalam perancangan ialah kejohanan golf antarabangsa dan Miss World Malaysia yang telah dipersetujui oleh kementerian untuk menyokong program itu.

Climbathon adalah pertandingan international skyrunning yang diadakan buat pertama kali pada tahun 1987, tetapi telah dihentikan selepas tiga dekad mempromosikan puncak tertinggi Asia Tenggara dan sekitar Taman Kinabalu yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pertama Malaysia oleh UNESCO pada Disember 2000.

Christina turut diiringi Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Ir. Mohd Yusrie Abdullah dan Pengarah Taman-Taman Sabah Datuk Dr Maklarin Lakim.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya