HomeIsu tempatanMaritim Malaysia berjaya tahan bot pukat lakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan...

Maritim Malaysia berjaya tahan bot pukat lakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985

Read Time:55 Second

Lahad Datu :  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia  berjaya menahan sebuah Bot Pukat Jerut Bilis di kawasan Perairan Timur Laut Kunak Jaya semalam.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, bot tersebut turut diperiksa menerusi operasi yang dijalankan sekitar jam 4.15 petang. 

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu melakukan aktiviti menangkap ikan pada jarak kurang 0.8 batu nautika.

“Selain itu, Zon Maritim Lahad Datu juga telah menahan tiga lelaki tempatan bersama seorang warga Filipina lingkungan umur antara 20 hingga 40 tahun,”katanya dalan kenyataan di sini hari ini.

Nik Mohd Rizam berkata, tekong, awak-awak bersama bot ditahan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Katanya, Zon Maritim Lahad Datu akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi mengekang sebarang perlanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah di perairan Lahad Datu.

“Orang ramai khususnya komuniti maritim diminta untuk bekerjasama menyalurkan maklumat ataupun aduan ke Zon Maritim Lahad Datu yang beroperasi 24 jam di talian 089-885727 atau MERS 999,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya