HomeUtamaPIBG diseru mohon BAGUS bantu laksana aktiviti pendidikan di sekolah

PIBG diseru mohon BAGUS bantu laksana aktiviti pendidikan di sekolah

Read Time:1 Minute, 58 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Sipitang : Semua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di seluruh Sabah diseru untuk memohon Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS) bagi membantu melaksanakan aktiviti pendidikan di sekolah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 3 juta bagi tujuan berkenaan.

Katanya, bantuan itu dijangka akan memberi manfaat kepada sebanyak 1,600 buah sekolah.

“Bantuan sebanyak RM2,000 ini adalah sebagai mengiktiraf peranan PIBG dalam memperkasakan Pendidikan di setiap sekolah.

“Bagi Daerah Sipitang saja peruntukan disediakan sebanyak  RM76,000 untuk 38 PIBG. Bagaimanapun, setakat ini tidak ada PIBG di Sipitang khususnya yang memohon BAGUS. Oleh itu, suka saya menyeru agar semua PIBG memohon bantuan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program WAM2care dan Forum Malaysia Madani; Keharmonian Dalam Kepelbagaian peringkat Zon Sipitang di sini hari ini.

Arifin berkata, selain BAGUS, beberapa inisiatif bantuan pendidikan lain turut disediakan Kerajaan Negeri melalui Pejabat Timbalan Setiusaha Kerajaan Negeri ( Tugas-Tugas Khas).

Katanya, ia adalah bagi memperkasakan prestasi Pendidikan di negeri ini selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Antaranya ialah Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) yang merupakan bantuan kelengkapan seperti Komputer, LCD Projektor, Printer, Smart TV, Penghawa Dingin Mudah Alih, Pembesar Suara Mudah alih, dan lain-lain peralatan sekolah  diberikan secara berperingkat kepada 1,600 buah sekolah kebangsaan dan sekolah menengah di Sabah.

“Selain itu, bagi menggalakkan sikap menabung sejak lahir lagi, Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Sabah (BISTARI) sebanyak RM100 dengan sasaran bantuan kepada 20,000 bayi yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 2 juta melalui simpanan SSPN turut disalurkan,” katanya.

Dalam pada itu, Arifin berkata, inisiatif lain termasuklah Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI); Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA); Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI) dan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK).

Selain itu, Arifin berkata, pada tahun ini, Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS) diperkenalkan untuk membaiki kerosakan dan menyelengggaran serta  Bantuan Khas Program Pendidikan  (BANTU).

“Bantuan turut diberikan bagi pelaksanaan program-program keagamaan melalui Bantuan Khas Program Agama (BAKPA) dengan peruntukan sebanyak RM 500,000.

“Selain itu, melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitumal Negeri Sabah (PBNS), bantuan juga diberikan oleh kedua agensi ini bagi memartabatkan syiar Islam melalui dakwah Islamiah kepada agensi kerajaan dan swasta, masjid, surau  dan badan / persatuan sukarela di negeri ini,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Jabatan Perhutanan perlu terus tingkatkan kutipan hasil hutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya