HomeUtamaMalaysia lakar kejayaan dalam kes tuntutan sulu di Mahkamah rayuan Paris 

Malaysia lakar kejayaan dalam kes tuntutan sulu di Mahkamah rayuan Paris 

Read Time:2 Minute, 47 Second

BERNAMA

Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020 dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.  

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata keputusan itu bermaksud penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan.

“Mahkamah Rayuan Paris juga mendapati penimbang tara (Stampa) telah terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya.

“Keputusan ini juga, yang muktamad serta mengikat, adalah satu kemenangan yang nyata buat Malaysia dalam perjuangannya untuk mendapatkan remedi dari segi perundangan dan Malaysia yakin penuntut serta pembiaya mereka akan kalah,” menurutnya dalam kenyataan malam ini. 

Beliau berkata Malaysia percaya keputusan hari ini juga akan menghentikan usaha penuntut serta pembiaya mereka iaitu Therium untuk menguatkuasakan award tidak sah itu serta cuba mendapatkan pampasan yang besar daripada Malaysia.

Azalina berkata antara strategi agresif penuntut, mereka sebelum ini menyasarkan aset-aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk kedutaan negara ini) atas alasan ia adalah sebahagian daripada award yang diperoleh.

Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia telah menentang kaedah ini atas alasan imuniti diplomatik.

“Mereka kini perlu menarik diri susulan keputusan hari ini yang enggan memberikan sebarang kesan terhadap award yang diputuskan di Perancis itu,” katanya.

Apa yang lebih penting ialah keputusan hari ini membayangkan bahawa Mahkamah Rayuan Paris akan membatalkan award final berjumlah hampir US$15 bilion yang diberikan oleh Stampa kepada penuntut.

Azalina berkata Malaysia kini berusaha agar pembatalan itu direkodkan dalam keputusan mahkamah secepat mungkin yang akan menggagalkan usaha untuk menguatkuasakan award tersebut di seluruh dunia oleh penuntut.

“Stampa mengeluarkan award final itu meskipun pelantikan beliau dibatalkan oleh Mahkamah Sepanyol yang sebelum ini melantiknya…

“Meskipun Mahkamah Sepanyol mengarahkan beliau agar berhenti bertindak sebagai penimbang tara, Stampa telah memindahkan prosiding timbang tara itu ke Perancis dan mengeluarkan award final itu yang menyebabkan berlaku penyalahgunaan yang ketara dalam proses timbang tara antarabangsa,” katanya.

Azalina turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan berterusan beliau dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha berterusan bagi mengekalkan pendirian Malaysia,

“Kami juga ingin merakamkan penghargaan keapda Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Peguam Negara, Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Peguam Negara, Kedutaan Besar Malaysia di Perancis, kementerian serta agensi berkaitan dan pihak-pihak lain yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Malaysia akan terus mengambil tindakan sewajarnya termasuk dari segi perundangan bagi menghentikan tuntutan itu dan memastikan kepentingan, kekebalan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

Kumpulan yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu itu dilaporkan mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah, yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878.

Mereka kemudian membawa perkara itu kepada penimbang tara Sepanyol pada 2019 dan penimbang tara terbabit iaitu Stampa, telah membuat keputusan memihak kepada mereka.

Stampa telah mengeluarkan award akhir berjumlah US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia dan Malaysia telah menggunakan segala remedi perundangan untuk membatalkan award itu di mahkamah-mahkamah di Sepanyol, Perancis, Luxembourg serta Belanda.

Pada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan Paris telah mengekalkan perintah penggantungan yang diperoleh kerajaan Malaysian di Perancis pada 12 Julai 2022 terhadap penguatkuasaan award itu.

Justeru, perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia berhubung penguatkuasaan award itu adalah kekal.

RELATED ARTICLES
Utama

102 KIR terjejas banjir di Penampang terima sumbangan Perdana Menteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular