HomeIsu tempatanGAH-UMS bantu martabat karya seni tempatan

GAH-UMS bantu martabat karya seni tempatan

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Galeri Azman Hashim Universiti Malaysia Sabah (GAH-UMS) berupaya menjadi sebuah pusat sehenti pameran, promosi dan jualan produk seni bagi perkembangan ilmu dan pelancongan.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, GAH-UMS juga turut menyediakan ruang kepada artis dan pengkarya seni dan organisasi dalam mempamer, mempromosi dan menjual karya seni.

Katanya, ia termasuklah produk berkaitan kesenian, serta meningkatkan pengetahuan baru masyarakat dalam pelbagai bidang melalui pelbagai program yang berkonsepkan ilmiah.

“Konsep galeri bukan sahaja mempamerkan karya visual tetapi galeri membuka ruang untuk seni persembahan dan pendidikan seperti seminar, bengkel seni, seni kraf tempatan dan lain-lain.

“Melalui aktiviti pameran yang dianjurkan pula telah menarik banyak pengunjung dari dalam dan luar negara untuk melawat galeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian GAH-UMS di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan turut dihadiri Pro Canselor UMS Tan Sri Azman Hashim.

Kasim berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada GDP Architects & KEAN Architect atas kejayaan memperoleh pingat Emas daripada Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) AWARDS 2023 dalam kategori Public & Institutional bagi reka bentuk bangunan GAH.

Katanya, kejayaan itu sekali gus menaikkan nama GAH-UMS yang telah mula dibuka kepada umum pada 24 November 2021.

“Untuk pengetahuan semua, GAH-UMS turut menjadi tempat pilihan bagi penganjuran majlis atau aktiviti yang berskala besar sebagai contoh baru-baru ini sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Kaamatan peringkat UMS diadakan dengan meriah di sini.

“Ramai pelajar dan kakitangan yang hadir berasa teruja melihat sendiri keindahan dan keunikan bangunan ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup PATI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya