HomeUtamaTuntutan Sulu : Kerjasama erat Kerajaan Negeri, Persekutuan perlu terus dikekalkan

Tuntutan Sulu : Kerjasama erat Kerajaan Negeri, Persekutuan perlu terus dikekalkan

Read Time:1 Minute, 23 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan perlu terus dikekalkan dalam memastikan kedaulatan Sabah sentiasa dilindungi khususnya yang melibatkan tuntutan dari kumpulan mendakwa sebagai waris Sulu.

Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, keputusan Mahkamah Rayuan Paris yang mengekalkan keputusan menolak penguatkuasaan ‘Partial Award’ kepada kumpulan mendakwa sebagai waris Sulu itu dilihat selaras dengan hak serta undang-undang antarabangsa.

Katanya, secara tidak langsung menunjukkan bahawa tuntutan kumpulan mendakwa sebagai waris Sulu adalah tidak berasas.

“Sehubungan itu, kita merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua pihak yang terlibat terutamanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Luar Negeri Senator Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang berjuang bagi memastikan kemenangan ini.

“Saya percaya perjuangan dalam mempertahankan kedaulatan Sabah bukan perkara yang mudah, namun dengan kesepakatan, kerjasama erat dan usaha yang gigih daripada semua pihak kita telah berjaya menghasilkan keputusan yang amat bermakna buat rakyat Sabah.

“Segala usaha ini membuktikan komitmen dan kejayaan Kerajaan Perpaduan dalam mempertahankan kedaulatan dan aset Negara,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Arthur yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata, perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan elemen penting agar Kerajaan Perpaduan dapat meneruskan usaha mempertahankan kedaulatan Negara dan Sabah.

“Sehubungan itu, saya berharap seluruh rakyat Sabah sentiasa bersatu padu dan menyokong usaha Kerajaan Perpaduan dalam mempertahankan kedaulatan Sabah daripada dicabuli anasir luar.

“Sebagai sebuah parti yang sentiasa membawa suara rakyat Sabah, PBRS akan menentang habis-habisan sebarang usaha dan cubaan untuk mencabar kedaulatan Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular