HomeUtamaDian Karisma johan Hafazan Al-Quran, bakal terima AKSA

Dian Karisma johan Hafazan Al-Quran, bakal terima AKSA

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Peserta mewakili Sabah dalam pertandingan Hafazan Al-Quran bagi kategori 1 hingga 30 juzuk peringkat Kebangsaan, Dian Karisma Mohd Japar,18, berjaya diumumkan sebagai johan pertandingan sempena Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran (MTHQ).

Pertandingan yang melabuhkan tirai malam tadi sebelum ini dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan majlis penutupan disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Dian Karisma turut menjadi peserta terbaik dalam pertandingan yang disertainya itu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya merakamkan ucapan tahniah kepada Dian Karisma kerana menjadi anak Sabah yang mewakili negeri menempah tempat pertama dalam pertandingan hafazan Peringkat Kebangsaan.

Katanya, Kerajaan negeri akan memberikan hadiah wang tunai dan sijil kepada Dian Karisma melalui Anugerah Kecemerlangan Anak Sabah (AKSA).

“Hadiah menerusi AKSA ini merupakan sebuah insiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenalkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi mengiktiraf kecemerlangan anak Sabah dalam bidang pendidikan.

“Selain daripada AKSA, Jawatankuasa MTHQ Peringkat Negeri Sabah melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS); Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) juga akan memberikan hadiah iringan kepada Dian Karisma atas pencapaian cemerlang beliau yang mengharumkan nama Sabah di Peringkat Kebangsaan,” katanya.

Arifin turut merakamkan penghargaan kepada ibu bapa dan para guru serta pembimbing dan urusetia yang mengiring Dian Karisma.

“Tahniah juga kepada qari, qariah serta para peserta huffaz al-Quran dari Sabah yang tampil dengan baik di pentas MTHQ Kebangsaan.

“Moga pada masa depan anda juga akan menempah kejayaan seperti kawan anda Dian Karisma,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular