HomeIsu tempatanRM3 juta diperuntuk perkasa sistem digital PPMCS

RM3 juta diperuntuk perkasa sistem digital PPMCS

Read Time:49 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi memperkasa sistem operasi pendigitalan Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (Ppm So).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Neurogine, Owen Chen Chee Onn berkata, peruntukan tersebut bertujuan untuk membangun seterusnya menyediakan platform digital mudah alih keseluruhan sistem operasi PPMCS.

Katanya, ia merangkumi pendaftaran ahli baru, sistem kewangan, pembayaran yuran dan perniagaan.

Menurutnya lagi, pihaknya juga turut menyumbangkan sebanyak RM10,000 kepada PPMCS bagi memacu semula operasi Gilwell Scouts Nature Park Sandakan yang diiktiraf sebagai Scouts Center Of Excellence For Nature And Environment (SCENES) dunia selepas terhenti akibat pandemik. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara PPMCS dengan Neurogine Sdn. Bhd.  di sini kelmarin. 

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Sabah, Datuk Yahamad Buddin berharap agar platform itu akan menjadikan sistem pentadbiran, operasi dan komunikasi PPMCS lebih cekap dan telus.

Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Jamaluddin @ Jamal Jinal dan ahli-ahli tertinggi PPMCS.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular