HomeSukanTABS terus catat kemenangan dalam Liga Suparimau

TABS terus catat kemenangan dalam Liga Suparimau

Read Time:1 Minute, 11 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Tunas Asas Bola Sepak Sabah (TABS) Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Bandaraya meneruskan momentum kemenangan dalam tiga kategori umur dalam saingan Liga Suparimau di padang Sintetik Kompleks Sukan Likas, di sini hari ini.

TABS mencatat kemenangan ke atas pencabar terdekat DF Sabah 3-0 dalam kategori B14, TABS A menang ke atas pasukan adik TABS B 9-0 bagi kategori B10 dan TABS A menumpaskan Miruru FT A 6-0 bagi kategori B8.

Selain itu, TABS juga mencatat keputusan seri 2-2 dengan SK Likas bagi kategori B12.

Satu lagi perlawanan bagi kategori B16 berlangsung pagi esok (Ahad), TABS akan menentang KKFC B di venue yang sama jam 9.30 pagi.

Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim, berharap kesemua pasukan itu mampu meneruskan prestasi dalam perlawanan berikutnya minggu hadapan.

Katanya, kesemua pasukan yang beraksi hari ini menunjukkan semangat yang tinggi untuk menguasai perlawanan yang membolehkan mereka mencatat kemenangan.

“Kita berharap mereka akan terus bermain lebih baik untuk memastikan kemenangan dalam perlawanan berikutnya,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan perlawanan tersebut.

Menurut beliau, TABS mensasarkan sekurang-kurangnya dua lagi pasukan mampu melayakkan diri ke perlawanan peringkat akhir di Kuala Lumpur pada penghujung tahun ini.

Sebelum ini, pasukan B16 dan B12 TABS sudah berjaya mara ke peringkat akhir di ibu negara selepas menjuarai kategori umur masing-masing dalam Liga Suparimau siri satu awal tahun ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Temasya sukan sekolah wadah pupuk budaya bersukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular