HomeSukanPan Gon mahu pemain elak kesilapan teknikal

Pan Gon mahu pemain elak kesilapan teknikal

Read Time:1 Minute, 28 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Terengganu: Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon memberi amaran kepada anak buahnya supaya tidak melakukan kesilapan teknikal apabila bertemu Papua New Guinea pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Kuala Nerus, Selasa ini.

Selepas melakukan penilaian, Pan Gon mendapati kesilapan individu dan kurang bijak dalam membuat keputusan adalah antara faktor yang menjejaskan persembahan skuad kebangsaan ketika menentang Kepulauan Solomon, Rabu lepas.

Dari aspek taktikal, jurulatih berasal dari Korea Selatan itu berkata beliau berpuas hati selepas skuad itu berjaya mendominasi keseluruhan perlawanan.

“Saya berpendapat jika kami mahu bermain permainan berkualiti tinggi, kami perlu mengurangkan masalah teknikal kecil seperti ini seperti kesilapan individu dan masalah membuat keputusan, jadi mesti perbaiki ini.

“Tapi dari segi taktikal, saya sangat berpuas hati, kami berkeyakinan dan mendominasi permainan. Kami melihat statistik terdapat tiada serangan gol ke atas gawang kami…” katanya ketika ditemui di sini.

Rabu lepas, skuad Harimau Malaya bangkit selepas ketinggalan untuk menewaskan pasukan nombor 134 dunia Kepulauan Solomon 4-1, dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sekali gus menjadi kemenangan ketiga berturut-turut pasukan negara sejak Mac.

Mengulas lanjut, Pan Gon berkata pemain tengah kacukan Malaysia-Finland Nooa Laine yang tiba di sini Selasa lepas, berpotensi untuk diturunkan dalam pertemuan dengan Papua New Guinea, selain seorang lagi pemain pertahanan bakal mengisi kekosongan ditinggalkan Natxo Insa dan Muhamad Feroz Baharudin yang mengalami kecederaan.

“Kami masih mempunyai beberapa orang pemain yang perlu dipantau rapi, kita tengok dalam beberapa hari ini jika mereka belum sembuh kami akan rehatkan mereka, namun kami tetap bersungguh-sungguh dalam membuat persediaan untuk melawan Papua New Guinea,” katanya.

Berdasarkan ranking dunia, Malaysia di kedudukan ke-138 manakala Papua New Guinea pada ranking ke-159. – BERNAMA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular