HomeUtamaMotac digesa sokong Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-38 - Christina

Motac digesa sokong Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-38 – Christina

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew menggesa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac) untuk menyokong Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-38 yang dianjurkan Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS).

“Saya menggesa Kerajaan Persekutuan melalui Motac untuk menyokong Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-38 dengan menyediakan peruntukan kewangan yang lebih besar untuk acara itu yang berakhir pada Oktober tahun ini,” kata Christina.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Festival Kebudayaan Cina Kebangsaan ke-38 dan Upacara menyalakan obor khas menandakan bermulanya Festival Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS Sabah ke-8 2023 di Teluk Likas pada Jumaat malam.

Beliau juga turut memuji FCAS kerana menganjurkan Perlumbaan Perahu Naga yang memainkan peranan penting dalam meningkatkan pelancongan Sabah.

Perlumbaan terakhir akan berlangsung pada Ahad (18 Jun), selepas itu nyalaan obor akan merentasi Sabah sebelum sampai ke puncak Gunung Kinabalu pada September.

Sementara itu, Presiden FCAS, Tan Sri T.C. Goh mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar atas sokongan mereka untuk kedua-dua acara itu.

Manakala, Pengerusi Penganjur Datuk Susan Wong berkata, Perlumbaan Perahu Naga adalah acara utama pertama siri aktiviti kebudayaan untuk meraikan Festival Kebudayaan.

“Kami mempunyai sejumlah 155 pasukan yang terdiri daripada peserta dari Semenanjung Malaysia, Negara Brunei, Sarawak dan Sabah,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Persekutuan, Khairul Firdaus Akbar Khan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah FC juara Piala SMJ 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya