HomeIsu tempatanPolis tangkap pemandu pelancong lempar ugutan bunuh

Polis tangkap pemandu pelancong lempar ugutan bunuh

Read Time:1 Minute, 32 Second

SEMPORNA: Seorang lelaki warga tempatan yang juga pemandu pelancong ditangkap polis selepas melemparkan ugutan bunuh semasa berlaku pertengkaran dengan beberapa orang lelaki di sebuah pulau dalam Daerah Semporna pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan kejadian katanya, pada 16 Jun 2023 jam lebih kurang 3.02 petang, pihak polis daerah Semporna telah menerima satu laporan yang dibuat oleh pengadu seorang lelaki berumur 28 tahun warga tempatan mengatakan telah menerima ugutan bunuh semasa berlaku pertengkaran antara pengadu dan beberapa orang lelaki di sebuah pulau dalam Daerah Semporna.

“Menurut maklumat, kejadian berlaku pada 15 Jun 2023 jam lebih kurang 10.00 pagi di hadapan sebuah sekolah swasta yang diuruskan oleh sebuah badan bukan kerajaan ( NGO ) di pulau berkenaan.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila sekumpulan pemandu pelancong tidak berpuas hati dengan pengadu yang merakam kelakuan pelancong yang mengambil gambar di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Farhan, pertengkaran dileraikan oleh ketua kampung dan ada di kalangan pemandu pelancong dikatakan telah mengeluarkan kata-kata ugutan untuk membunuh pengadu.

“Bertindak atas maklumat, pada 17 Jun 2023 jam lebih kurang 12.10 pagi, pihak Bahagian Siasatan Jenayah IPD Semporna telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berumur 29 tahun warga tempatan bagi membantu siasatan.

“Suspek direman selama dua hari sehingga 19 Jun ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Mohd Farhan menyeru kepada orang ramai atau saksi yang melihat kejadian dimohon untuk tampil menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Ruslan Hardi Hamil di talian 016-8050885 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan yang melanggar undang-undang negara yang sedang berkuatkuasa.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan hendaklah dihukum penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya