HomeUtamaAhli-ahli Parlimen Sabah terima taklimat berhubung isu pembekalan elektrik

Ahli-ahli Parlimen Sabah terima taklimat berhubung isu pembekalan elektrik

Read Time:1 Minute, 2 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur : Ahli-ahli Parlimen Sabah baru-baru ini telah menerima satu taklimat berhubung isu-isu semasa pembekalan elektrik di negeri itu.

Taklimat yang diadakan di Bangunan Parlimen Malaysia sempena Persidangan Dewan Rakyat ke-15 pada Khamis itu telah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar.

SESB dalam satu hantaran di Facebook rasmi menyatakan, beberapa soalan telah dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen yang hadir.

Antara soalan dan pertanyaan yang dikemukakan adalah mengenai isu kekerapan gangguan bekalan elektrik yang berlaku di negeri itu.

Dalam sesi itu juga, Mohd Yaakob turut menyatakan pelan tindak mengenai isu tersebut dan antaranya usaha bagi menukar talian tidak bertebat kepada bertebat.

Sesi tersebut dipengerusikan Menteri Alam Sekitar, Sumber Asli dan Perubahan Iklim (NRECC) Malaysia, Nik Azmi Nik Ahmad.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga dan Alam Sekitar) NRECC Dato’ Mohamad Razif Abd Mubin dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Dato’ Ir. Ts. Abdul Razib Dawood.

Rombongan SESB turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor, Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat) Haryani Anah Abdul Kahar dan Pengurus Besar (Sistem Operasi) Ir. Adrian Mosigil dan Ketua Komunikasi Korporat  Jamdin Abdul Rajik. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular