HomeEkonomiKejayaan Sahabat AIM bukti wanita dan ibu berjaya dalam perniagaan

Kejayaan Sahabat AIM bukti wanita dan ibu berjaya dalam perniagaan

Read Time:1 Minute, 4 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Sungai Petani : Kejayaan Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) membuktikan kaum wanita dan ibu berjaya dalam perniagaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, ia juga terbukti melalui kejayaan mereka meningkatkan perniagaan dan pendapatan daripada ribuan ringgit kepada puluhan ribu ringgit sebulan.

“Walaupun perniagaan tidak besar, hanya menjual ABC atau laksa, atau perniagaan kecil-kecilan dari rumah, tetapi dengan jumlah Sahabat Usahawan AIM yang aktif seramai 327,362  orang seluruh negara, ia telah menyumbang kepada kerancakkan ekonomi Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Fiesta Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Kedah, di Dewan Kenangan MPSPK, Sungai Petani, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasami, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Dato’ Sri Suriani Ahmad, Pemangku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM Datuk Seri Syed Hussian Al-Junid, Pengarah Urusan AIM Mohamed Shamir Abdul Aziz,

Ewon berkata, penerima anugerah Sahabat Usahawan AIM memberi inspirasi dan motivasi kepada lebih 31,000 Sahabat Usahawan AIM Kedah.

Pada majlis itu Ewon menyampaikan lima anugerah iaitu Sahabat Usahawan Muda, Sahabat Ushawan Setia, Sahabat Usahawan Istimewa, Sahabat Usahwaan Dedikasi dan Sahabat Usahawan Berjaya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

RM7 juta disediakan untuk fasa pertama naiktaraf 38 Tamu Desa di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular