HomeUtamaJANS laksana penstabilan bekalan air di tiga daerah

JANS laksana penstabilan bekalan air di tiga daerah

Read Time:1 Minute, 8 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Belud : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) kini dalam proses melaksanakan inisiatif penstabilan bekalan air di tiga buah daerah yang terjejas dengan masalah berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, antara daerah terlibat termasuklah Tuaran, Kota Kinabalu dan Putatan.

“Untuk makluman, bagi kawasan Tuaran, Kota Kinabalu termasuk Putatan, pihak Jabatan Air Negeri Sabah sedang melakukan penstabilan bekalan air dan ini akan mengambil masa dalam tempoh satu hingga tiga bulan dari sekarang.

“Alhamdulillah, selepas dua minggu telah ada perkembangan yang positif tentang agihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke daerah Kota Belud di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya sebelum itu mengadakan lawatan ke tapak projek penyambungan paip ke Kampung Labuan Sempadan dan membuat pemeriksaan masalah air di Kampung Kota Peladok.

Sejurus selepas itu, beliau mengadakan lawatan ke Jalan Rampayan Laut, Rampayan Laut dan Projek Pan Borneo dan melawat tapak projek naik taraf jalan raya Dudar Taburon Mendawang.

Dalam pada itu, Shahelmey berkata agar pelaksanaan penstabilan bekalan air di tiga daerah berkenaan akan dapat membantu menstabilkan penyaluran bekalan air.

“Penstabilan itu diharap dapat mencapai objektif sementara kita menanti keputusan untuk perancangan jangka panjang bekalan air di Pantai Barat sama ada melalui empangan di Papar atau melalui empangan Ulu Padas,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat delegasi US-ASEAN Business Council

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular