HomeIsu tempatanUMS, KPDN Sabah bincang kerjasama bantu perdagangan dan kos sara hidup masyarakat

UMS, KPDN Sabah bincang kerjasama bantu perdagangan dan kos sara hidup masyarakat

Read Time:1 Minute, 4 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhasrat untuk melaksanakan kolaborasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengembangkan produk inovasi universiti itu.

Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP), Prof. Madya Dr. Jidon A. Janaun berkata, menerusi pengembangan produk inovasi itu diyakini akan dapat membantu perdagangan dan kos sara hidup masyarakat.

Katanya, kerjasama dalam mengadakan program memupuk kesedaran hak-hak pengguna dalam kalangan pelajar dan masyarakat turut dipersetujui.

“KPDN menyambut baik usaha UMS untuk menghasilkan produk-produk inovasi yang berguna kepada masyarakat dan sentiasa memberikan sokongan padu dalam usaha membantu kos sara hidup pengguna.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada KPDN atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Sudah tentu kolaborasi UMS dan KPDN ini akan memberi impak positif kepada masyarakat setempat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Dr Jidon bersama delegasi rombongan UMS mengadakan kunjungan rasmi ke pejabat KPDN Sabah, baru baru ini.

Kunjungan hormat tersebut telah disambut Pengarah KPDN Sabah, Georgie Abas bersama pegawai-pegawai KPDN.

Pada kunjungan itu, delegasi UMS disertai Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP), Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM), Pusat Kelestarian Libatsama Industri (PKLI), Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Fakulti Perhutanan Tropika (FPT), Syarikat Pelaburan UMS Uinvest dan PPIP. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular