HomeSukanPasukan FlyPower Lahad Datu juara ‘Olympia Sabah Cup’

Pasukan FlyPower Lahad Datu juara ‘Olympia Sabah Cup’

Read Time:1 Minute, 54 Second

KOTA KINABALU: Pasukan FlyPower Lahad Datu yang dibarisi bekas pemain badminton negara muncul juara dan membawa pulang hadiah RM10,000 pada Kejohanan Berpasukan Badminton, Olympia Sabah Cup.

Tempat kedua bagi kejohanan yang berakhir semalam itu dimenangi pasukan Cyber Safety yang turut diwakili bekas pemain nombor satu dunia, Muhammad Roslin Hashim yang membawa pulang wang tunai RM5,000.

Manakala tempat ketiga dan keempat pula disandang pasukan Starlight Plus serta Mee Ngar Bakery dan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,500

Perlawanan akhir pertama semalam menyaksikan perlawanan bergu campuran antara wakil FlyPower Lahad Datu, Mohd Yasrin Ruslan dan pasangannya Soong Fie Cho menentang Hafiz Hakimi Hashim dan Suriani Jamailin.

Perlawanan sengit itu berakhir dengan keputusan berpihak kepada Mohd Yasrin dan Fie Cho dengan keputusan 21-16 dan 21-18.

Perlawanan kedua pula membabitkan bekas pemain nombor satu dunia, Muhammad Roslin bersama pasangannya Datu Mohd Saffuan Nizam Sardik menentang seorang lagi bekas pemain negara, Mohd Razif Abdul Latif yang bergandingan dengan Beryno Wong.

Perlawanan yang berlangsung selama 37 minit itu berakhir dengan keputusan 21-17 dan 21-19 yang berpihak kepada pasukan FlyPower Lahad Datu.

Untuk rekod, kejohanan selama dua hari yang berlangsung di Arena Badminton Olympia itu diadakan secara berpasukan dengan tiga kategori iaitu bergu campuran gabungan 50 tahun, bergu lelaki gabungan 70 tahun dan bergu lelaki veteran gabungan 90 tahun.

Sementara itu, penganjur kejohanan, Jacko Pan berkata, tujuan utama kejohanan ini diadakan adalah bagi menggalakkan lebih ramai anak muda untuk mengasah bakat selain mencipta pentas yang lebih besar untuk ke peringkat seterusnya.

Katanya, beliau amat berbesar hati kerana kejohanan yang diadakan bagi tahun kedua ini lebih meriah dengan dihadiri ramai pemain yang pernah mewakili negara di pentas antarabangsa.

“Kita mahu mencipta lebih banyak ruang dan peluang kepada generasi muda untuk mencapai matlamat sukan negara kita dengan melahirkan pemenang pingat emas sukan olimpik.

“Kehadiran ramai bekas pemain negara bukan saja memeriahkan kejohanan ini tetapi juga mampu menyemarakkan inspirasi anak muda mencipta kejayaan gemilang di masa hadapan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Jacko turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang tampil sebagai penaja pada kejohanan kali ini.

Katanya, antara penaja utama kejohanan adalah syarikat F&N yang diwakili oleh Frederick Hii dan Datuk Michael Lui, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian TiongHua Kota Kinabalu.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular