HomeEkonomiSabah Energy Corporation Sdn Bhd bayar dividen RM10 juta kepada Kerajaan Negeri

Sabah Energy Corporation Sdn Bhd bayar dividen RM10 juta kepada Kerajaan Negeri

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) membayar dividen RM10 juta kepada Kerajaan Negeri bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.

Pengerusi SEC Datuk Annuar Ayub menyampaikan cek kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Adzmir Abd
Rahman dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Adzmir mendedahkan kepada Ketua Menteri bahawa SEC dan kumpulan syarikatnya telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM47.9 juta pada 2022.

Beliau berkata anak syarikat milik penuh SEC, Asian Supply Base Sdn Bhd, menyumbang dengan ketara kepada SEC dengan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM28.8 juta.
Keuntungan sebelum cukai SEC sendiri berjumlah RM22 juta.

Sehingga kini, jumlah sumbangan dividen SEC kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM241 juta.

Adzmir berkata keuntungan terkumpul SEC selepas pelaburan semula selama ini telah meningkatkan Dana Pemegang Saham kepada lebih RM1 bilion pada akhir 2022.

“Sebagai pembekal dan pengangkut gas asli domestik terbesar di Sabah, SEC kini memainkan peranan utama dalam pertumbuhan perindustrian dan ekonomi rantau ini,” katanya.

Tambah beliau, SEC komited untuk meningkatkan operasi perniagaan dan keuntungannya dalam sektor tenaga, sejajar dengan objektif Kerajaan Negeri untuk mempunyai penyertaan yang lebih aktif syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) dalam industri tenaga.

“Justeru, dengan asas pelanggan dan kawalan infrastrukturnya yang semakin berkembang, SEC berada pada kedudukan yang baik untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti yang akan meningkatkan keuntungan dan memberi kesan positif kepada
rakyat Sabah melalui pembayaran dividen berterusan kepada Kerajaan Negeri,” kata Adzmir.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis Keningau buru suspek terlibat kes bunuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular