HomeIsu tempatanFilem pendek mampu tarik pelaburan

Filem pendek mampu tarik pelaburan

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Penghasilan filem pendek berkualiti berpotensi menjadi salah satu penyumbang utama bagi menarik pelaburan ke negeri ini.

Industri filem pendek yang semakin berkembang diperingkat dunia dilihat mampu mencetuskan impak positif dengan mempromosikan negeri ini kepada dunia luar.

Ketua Pegawai Eksekutif, Invest Sabah Berhad (ISB), Datuk Madiyem Layapan berkata, ini sudah terbukti dengan pengiktirafan Sekolah Kebangsaan (SK) Tampulan, Telipok, yang dinobatkan sebagai finalis dalam pertandingan Festival Filem Kanak-Kanak dan Belia Antarabangsa Busan (BIKY) 2023 di Korea Selatan.

Katanya, kreativiti dan kesungguhan yang ada pada murid-murid dan guru sekolah ini sewajarnya diambil perhatian serius oleh semua pihak.

“Ini kerana, kejayaan yang mampu diperolehi sekolah ini secara tidak langsung membantu mempromosikan Sabah yang kaya dengan budaya dan keindahan alam semula jadi diperingkat antarabangsa.

“Oleh itu, kemampuan dan kecekalan mereka melakar sejarah membanggakan ini membuatkan kita tampil memberi sumbangan kewangan sebagai menghargai usaha yang dilakukan sekolah ini, selain menjadi salah satu promosi ISB ke Korea Selatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada Guru Besar SK Tampulan, Zaliha Ismenyah, dalam majlis ringkas di sekolah berkenaan, hari ini.

Madiyem berkata, beliau sedar, usaha menghasilkan filem pendek berkualiti sentiasa memerlukan sumber kewangan yang banyak terutamanya bagi sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM).

Namun katanya, inilah aset kepada Sabah dan Malaysia yang wajar diketengahkan kepada dunia kerana ia mampu menarik pelaburan berterusan ke negeri ini.

“Pelaburan yang berjaya dibawa masuk ke negeri ini sudah pasti membawa banyak manfaat terutamanya dalam aspek peluang pekerjaan, perniagaan dan sekaligus meningkatkan ekonomi rakyat Sabah,”tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular