HomeUtamaTriti Laut Sulawesi yang ditandatangani tidak libatkan sempadan maritim ZEE pelantar benua...

Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani tidak libatkan sempadan maritim ZEE pelantar benua Malaysia-indonesia – Wisma Putra

Read Time:2 Minute, 44 Second

KUALA LUMPUR – Perlu dijelaskan bahawa Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani pada 8 Jun 2023 tidak melibatkan persempadanan maritim di ZEE dan pelantar benua antara Malaysia dan Indonesia.

Dalam erti kata lain, Triti tersebut tidak melibatkan kawasan yang dirujuk Malaysia sebagai Blok ND6 dan Blok ND7 atau yang dirujuk Indonesia sebagai Ambalat tegas Wisma Putra hari ini

Wisma Putra yang kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba memainkan isu kedaulatan negara itu berkata dakwaan-dakwaan yang dibuat sesetengah pihak adalah tidak berasas.

” Kedua-dua pemimpin Malaysia dan Indonesia telah menugaskan pasukan rundingan pembatasan sempadan maritim masing-masing untuk memulakan rundingan secepat mungkin bagi sempadan-sempadan maritim yang belum dimuktamadkan tersebut.

” Perlu dijelaskan juga bahawa sepertimana garis sempadan maritim kawasan paling selatan Selat Melaka tidak melibatkan had Pelabuhan Tanjung Pelepas, garis sempadan yang ditetapkan di bawah sempadan separa laut wilayah Laut Sulawesi tidak melibatkan had Pelabuhan Tawau katanya di dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut Wisma Putra berkata Sebarang keputusan yang melibatkan isu kedaulatan Malaysia, termasuk isu berhubung persempadanan maritim negara tidak boleh dilakukan secara mudah dan sembarangan.

Wisma Putra turut menegaskan rundingan mengenai pembatasan laut wilayah di kawasan paling selatan Selat Melaka dan laut wilayah di Laut Sulawesi telah melalui satu proses yang panjang, dimana telah berlangsung selama 18 tahun bermula pada 2005.

“Langkah pemeteraian Triti Selat Melaka dan Triti Laut Sulawesi telah dipersetujui mengambil kira elemen-elemen penyelesaian yang dapat dicapai secara bersama menggunakan prinsip-prinsip pembatasan sempadan maritim berdasarkan justifikasi perundangan dan teknikal yang kukuh bagi menyelesaikan isu-isu pembatasan sempadan maritim.

“Pemeteraian kedua-dua Triti ini merupakan satu milestone kepada Malaysia dan Indonesia.

“Ianya merupakan hasil proses rundingan selama 18 tahun yang melibatkan aspek-aspek teknikal, perundangan, ekonomi dan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

“Kali terakhir Triti seumpama ini dimeterai antara Malaysia dan Indonesia adalah pada 53 tahun yang lalu iaitu Triti 1970,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya lagi, penguatkuasaan triti-triti tersebut akan memberikan kejelasan dari segi kedaulatan dan bidang kuasa yang membolehkan Malaysia dan Indonesia menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-undang di kawasan maritim masing-masing secara lebih berkesan.

“Ini termasuk aktiviti pencegahan jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan barangan dan pemerdagangan manusia.

“Di samping itu, aktiviti-aktiviti ekonomi dan pembangunan seperti perikanan dan eksplorasi dan eksploitasi sumber marin dalam zon laut wilayah dapat dilakukan dengan lebih teratur dan lebih terjamin.

“Pemeteraian triti-triti tersebut diharap akan terus meningkatkan keyakinan bagi kedua-dua negara untuk meneruskan rundingan pembatasan persempadanan maritim yang belum diselesaikan terutamanya di ZEE (kawasan zon ekonomi eksklusif) dan pelantar benua,” ujar kenyataan itu lagi.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa setiap perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang dimeterai baru-baru ini bersifat komprehensif dan menjaga hak serta kedaulatan maritim negara.

Malah kerajaan juga mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang berkaitan seperti pakar dari Jabatan Maritim, Kementerian Luar, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Pusat Hidrografi Nasional Malaysia, dan Pejabat Peguam Negara.

Dalam masa yang sama Anwar turut menjelaskan perjanjian yang dimeterai baru-baru ini dengan Indonesia tidak melibatkan kawasan yang masih dalam rundingan iaitu di Pulau Sebatik, Sabah dan garis sempadan Laut Sulewesi Selatan kerana ia masih dalam proses rundingan untuk dimuktamadkan.

Menurutnya triti itu juga tidak melibatkan kawasan pelabuhan Pelabuhan Tanjung Pelepas seperti yang dibangkitkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya