HomeUtamaBeri peluang kedua individu muflis kurang RM100k

Beri peluang kedua individu muflis kurang RM100k

Read Time:2 Minute, 25 Second

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta membuat kajian terperinci untuk mempertimbangkan pemberian peluang kedua dan pelepasan secara automatik kepada individu dengan kes muflis kurang daripada RM100 ribu.

Ahli Dewan Negara (Senator) Datuk Bobbey A.Suan berkata, ini penting untuk mengurangkan jumlah rakyat Malaysia yang muflis akibat tertekan dengan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia dan peningkatan kos sara hidup.

Beliau sangat menyambut baik usaha dan inisiatif kerajaan di atas penambahbaikan penting Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi Pindaan 2023 di mana pelaksanaan mekanisme pelepasan individu daripada kebankrapan secara automatik dan dalam tempoh singkat serta had muflis RM50 ribu ketika ini dinaikkan kepada 100 ribu ringgit.

“Namun demikian, saya memohon supaya pihak kerajaan turut membuat kajian terperinci untuk mempertimbangkan pemberian peluang kedua dan pelepasan secara automatik juga bagi kes-kes yang nilainya kurang daripada 100 ribu ringgit”, katanya ketika membahas RUU Insolvensi Pindaan 2023 di Dewan Negara pada Rabu.

Bobbey berkata, menjadi muflis bukanlah satu perkara yang boleh dibanggakan lebih-lebih lagi kerana apabila muflis, seseorang individu itu tiada lagi kuasa terhadap kewangan sendiri, malahan aset milik mereka mungkin dilelong untuk melangsaikan hutang.

Menurutnya, mereka yang muflis akan berada di bawah pengawasan Ketua Pengarah Insolvensi dan berdepan beberapa sekatan seperti akaun simpanan dan pelaburan dibekukan, tidak dibenarkan keluar negara dan tidak dibenarkan berbelanja lebih RM1,000 menggunakan kad kredit.

Malahan katanya, semua aset seperti rumah dan kereta besar kemungkinan akan disita dan dilelong untuk membayar balik hutang. Walaupun mereka yang muflis masih perlu bekerja dalam usaha untuk melangsaikan hutang berkenaan, gaji yang diterima sebahagian besar akan diperuntukkan untuk membayar hutang.

Beliau menarik perhatian, menurut statisik kes kebankrapan mengikut sebab kebankrapan dari tahun 2019 hingga bulan Mei 2023 yang diterbitkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, pinjaman peribadi menjadi punca utama muflis disebabkan ia mudah diperoleh tetapi mempunyai caj faedah yang agak tinggi.

“Oleh kerana ia mudah diperoleh, sebahagian besar pinjaman berkenaan diambil untuk membeli perkara tidak perlu atau di luar kemampuan. Antara punca utama seseorang itu bankrap ialah kegagalan mengurus dan mengambil hutang berdasarkan kemampuan semasa dan tidak melihatnya sebagai satu komitmen jangka panjang.

“Malahan ada yang mengambil pinjaman peribadi dan menggunakan kad kredit untuk tujuan bermewah-mewah semata-mata. Walaupun begitu, tidak dinafikan persekitaran semasa seperti pandemik COVID-19, kehilangan pekerjaan, sakit atau kenaikan harga barang juga boleh menyebabkan seseorang itu gagal melangsaikan pinjaman sedia ada kerana gaji yang diterima tidak lagi cukup untuk membiayai kehidupan”, tegasnya.

Bobbey berkata, dalam Tekad Kedua Belanjawan Madani 2023 iaitu reformasi institusi dan tatakelola baik bagi memulih keyakinan melalui Ikhtiar yang ke-5 iaitu pembaharuan sektor awam, di bawah Sub-Ikhtiar ke-4 iaitu menangani isu-isu rakyat, kerajaan telah mengumumkan rakyat yang diisytiharkan muflis berhak mempunyai peluang kedua.

“Kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat. Sementara menunggu pindaan, kes-kes kecil yang hutangnya kurang 50 ribu ringgit yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta bermula 1 Mac lepas”, tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular