HomeIsu tempatanOp Cegah Jenayah Pondohan: Enam PATI ditangkap

Op Cegah Jenayah Pondohan: Enam PATI ditangkap

Read Time:1 Minute, 39 Second

SEMPORNA: Seramai enam orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di penempatan perairan laut Sangaban dalam Daerah Semporna baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna telah menjalankan satu operasi iaitu Op Cegah Jenayah Pondohan Bil. 84/2023 selama dua hari bermula 20 Jun 2023 hingga 21 Jun 2023 secara bersepadu melibatkan penempatan di perairan laut Sangaban dalam Daerah Semporna.

Katanya, operasi bersepadu ini telah dilaksanakan dengan penglibatan sebanyak 11 buah agensi penguatkuasa Persekutuan dan Negeri yang beroperasi di Daerah Semporna.

“Tujuan utama operasi yang dijalankan adalah bagi mengesan dan mencegah sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang iaitu aktiviti penyeludupan, pengeboman ikan dan kemasukan pendatang tanpa izin ( PATI ) serta mencegah jenayah rentas sempadan dan juga unsur-unsur subversif yang boleh mengancam keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Farhan, sepanjang operasi dijalankan, pihak polis telah membuat pemeriksaan dokumentasi dan tangkapan ke atas individu yang melanggar undang-undang negara.

“Seramai enam orang PATI ditangkap
melibatkan kesalahan tidak memiliki dokumen keterangan diri di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

“Pihak Polis Daerah Semporna amat menghargai komitmen tinggi yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan operasi ini,” katanya.

Dalam operasi itu kekuatan pegawai dan anggota IPD Semporna terdiri daripada lapan pegawai dan 22 anggota manakala kekuatan bantuan agensi luar seramai 65 orang serta kekuatan logistik sebanyak sembilan buah bot digunakan.

Sebanyak 295 buah rumah diperiksa dan 95 orang terlibat dalam pemeriksaan dan dokumentasi selain enam orang tangkapan.

Mohd Farhan berkata, operasi yang dilaksanakan ini juga telah mendapat kerjasama penuh dari pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Katanya, operasi berterusan dengan kolaborasi dari pelbagai agensi penguatkuasa akan diteruskan dari masa ke semasa bagi mengekang sebarang kegiatan yang boleh mengancam keselamatan, kesejahteraan serta keharmonian negara terutama di daerah Semporna.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang melanggar perundangan negara,” tegas beliau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pameran Petak Pertama langkah permulaan Alumni ASTiF UMS dalam industri seni

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya