HomeUtamaInstitusi pendidikan Islam di Sabah sentiasa diberi perhatian, berada dalam keadaan baik

Institusi pendidikan Islam di Sabah sentiasa diberi perhatian, berada dalam keadaan baik

Read Time:1 Minute, 19 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Sipitang : Kerajaan Sabah sentiasa memberi komitmen penuh dalam memastikan institusi pendidikan Islam di negeri ini sentiasa berada dalam keadaan baik selain memberi keselesaan kepada para pelajar dan guru.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, Kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah menyelenggara beberapa buah tadika, sekolah agama negeri (SAN) dan sekolah menengah agama negeri (SMAN) di negeri ini.

Katanya, ia termasuklah tiga buah tadika, 18 buah SAN dan tiga buah SMAN.

“Ianya juga melibatkan pelbagai pelaksanaan pembangunan infrastuktur termasuk membina bangunan tambahan, membina dewan terbuka, menaik taraf bangunan sekolah dan juga rumah guru.

“Segala pembangunan insfrastuktur sekolah telah pun terlaksana sepenuhnya dengan pembiayaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Hari Guru JHEAINS peringkat negeri Sabah di sini hari ini.

Ruslan berkata, Kerajaan negeri juga telah menyalurkan beberapa inisiatif bantuan kepada seluruh sekolah agama negeri.

Katanya, antaranya ialah Bantuan Ihsan Sekolah (BISBAH); Bantuan Aktiviti Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) (BAGUS) dan Bantuan Khas Peperiksaan (BAKTI).

Sementara itu, Ruslan berkata, Kerajaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) telah melantik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 bagi mengisi kekosongan 150 jawatan tersebut.

Katanya, semua yang terlibat telah pun ditempatkan di sekolah-sekolah agama negeri seluruh Sabah dan ianya diyakini dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran terlaksana dengan baik.

“Menyedari perkara ini, Kerajaan negeri akan cuba berusaha untuk menambah bilangan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41.

“Untuk itu, saya mencadangkan satu jawatankuasa pengurusan pendidikan dan pihak JHEAINS sendiri diwujudkan untuk meneliti perkara ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular