HomeUtamaKilang kelapa sawit perlu lesen, patuhi AKAS 1974

Kilang kelapa sawit perlu lesen, patuhi AKAS 1974

Read Time:1 Minute, 17 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kilang kelapa sawit (KKS) perlu dilesenkan di bawah Seksyen 18(1) Akta Alam Sekitar (AKAS) 1974 dan tertakluk untuk mematuhi syarat-syarat Seksyen 16(1) akta yang sama.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah, Amirul Aripin berkata, terdapat insiden-insiden pencemaran melibatkan KKS seperti benteng kolam rawatan efluen mengalami kebocoran atau limpahan di kawasan pelupusan atas tanah yang memasuki alur air.

“Selain itu, terdapat juga kilang gagal menyelenggarakan unit proses di sistem pengolahan efluen sehingga menyebabkan had pelepasan gagal dipatuhi dan kegagalan alat kawalan pencemaran udara yang menjejaskan kualiti udara sekitar.

“Disebabkan ketidakpatuhan yang dilakukan ini, JAS tiada pilihan dan perlu mengambil tindakan perundangan sewajarnya berdasarkan AKAS 1974,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Pemantapan Industri Sawit Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar 2023 di sini, kelmarin.

Seminar disertai 200 peserta industri sawit itu melibatkan lima segmen pembentangan berkaitan pengurusan sisa pepejal, pengurusan buangan terjadual, pematuhan kepada Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 dan kawalan pencemaran udara serta efluen.

Amirul turut menzahirkan hasrat JAS agar semua KKS dapat memahami syarat lesen dengan baik seterusnya mematuhi serta melaksanakannya dengan berkesan.

“JAS ibu pejabat sedang dalam proses meminda AKAS 1974 termasuklah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah) 1977 dan pihak industri perlu bersedia sekiranya akta serta peraturan baru ini digazetkan,” katanya.

Amirul turut memaklumkan JAS pernah membawa beberapa KKS ke mahkamah dan telah dijatuhi hukuman sewajarnya mengikut tahap kesalahan di samping menggantung lesen operasi untuk memastikan tindakan penambahbaikan sebelum lesen diberikan semula.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular