HomeIsu tempatanInsiden kru kapal jatuh laut, mayat mangsa ditemui

Insiden kru kapal jatuh laut, mayat mangsa ditemui

Read Time:1 Minute, 25 Second

LABUAN: Mayat seorang kru kapal tunda yang dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika kapal sedang bersauh di perairan Pulau Papan dekat sini telah ditemui pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan Operasi CARILAMAT sekitar jam 9.40 malam sejurus menerima maklumat berkaitan kejadian dari Pusat Operasi Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Kenneth Anak Saing, 33 tahun, yang bekerja diatas kapal tunda tempatan, Tanjung Biru 1 dilaporkan hilang setelah gagal dikesan oleh rakan mangsa.

“Kali terakhir mangsa dilihat adalah pada jam 6 petang hari yang sama. Kesemua barang peribadi mangsa masih lagi berada di atas kapal. Kapal dikatakan sedang bersauh sebelum meneruskan perlayaran menuju ke Miri Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nudin berkata, sejurus operasi CARILAMAT diaktifkan, bot peronda Maritim Malaysia telah diaturgerak ke lokasi kejadian bagi membuat pengesahan dan melakukan pencarian awal mangsa.

“Operasi turut melibatkan bantuan asset dan anggota dari Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Menurut Nudin, mayat mangsa berjaya ditemui sekitar jam 7.45 pagi tadi (23 Jun) oleh pasukan mencari di kedudukan sekitar 20 meter selatan Jeti Feri Labuan.

“Mayat telah diserahkan kepada Unit Forensik PDRM untuk siasatan lanjut. Op CARILAMAT ditamatkan pada jam 8.35 pagi,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, MRSC merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak serta orang awam yang turut sama membantu dalam operasi ini.

“Maritim Malaysia mengingatkan orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut ke talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999,” tambah beliau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya