HomeIsu tempatanRumah roboh, struktur tidak kukuh

Rumah roboh, struktur tidak kukuh

Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Dua mangsa terselamat apabila rumah yang mereka diami roboh dan hampir tenggelam dipercayai akibat struktur rumah tidak kukuh dalam satu kejadian yang berlaku di perkampungan atas air Kampung Gentisan, Sepanggar di sini awal pagi Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada Isnin (26 Jun) jam 2.51 pagi mengenai kejadian itu.

“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian mendapati sebuah rumah berkeluasan 20×30 kaki telah roboh akibat struktur rumah yang tidak kukuh.

“Terdapat dua orang mangsa sekeluarga berada di dalam rumah berjaya keluar dengan sendirinya dan dilaporkan mereka dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak menjalankan pemeriksaan di kawasan kejadian untuk memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.03 pagi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS terima 468 pelajar baharu program asasi, 40 asasi agrisains

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular