HomeUtamaTuntutan Sulu : Kesepakatan, kerjasama semua pihak penting dalam mempertahankan kedaulatan Sabah

Tuntutan Sulu : Kesepakatan, kerjasama semua pihak penting dalam mempertahankan kedaulatan Sabah

Read Time:1 Minute, 13 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kesepakatan dan kerjasama erat serta usaha yang gigih daripada semua pihak dalam mempertahankan kedaulatan Sabah merupakan satu perkara yang amat penting.

Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, meskipun ianya bukan perkara yang mudah namun kerjasama yang baik berjaya menghasilkan keputusan yang amat bermakna buat rakyat di negeri ini.

“Bagi pihak Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), kita merakamkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Perpaduan di atas keputusan Mahkamah Rayuan The Hague yang telah memihak kepada Malaysia dengan menolak untuk mengiktiraf Final Award yang dikeluarkan melalui proses timbang tara yang tidak sah dan disalahgunakan oleh pihak yang mendakwa sebagai waris kepada Kesultanan Sulu.

“Keputusan terbaharu oleh Mahkamah Rayuan The Hague dan keputusan terdahulu oleh Mahkamah Rayuan Perancis secara tidak langsung menunjukkan bahawa tuntutan kumpulan mendakwa sebagai waris Sulu adalah tidak berasas dan berniat jahat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arthur yang juga Presiden PBRS berkata, keputusan-keputusan Mahkamah ini merupakan titik tolak perjuangan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah dalam menoktahkan segala usaha tuntutan tidak berasas kumpulan yang mendakwa waris Sulu. 

Katanya, sebagai sebuah parti yang sentiasa membawa suara rakyat Sabah, PBRS memberikan sokongan teguh kepada Kerajaan Perpaduan bagi mematahkan sebarang usaha dan cubaan untuk mencabar kedaulatan Sabah.

“Sekali lagi kita merakankan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis Sahkan Tahan 2 individu Cuba Ceroboh Istana Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular