HomeIsu tempatan30 ekor lembu 'tumbang' sempena program ibadah korban perdana Putatan

30 ekor lembu ‘tumbang’ sempena program ibadah korban perdana Putatan

Read Time:1 Minute, 18 Second

Putatan : Sebanyak 30 ekor lembu dikorbankam sempena Program Ibadah Korban Perdana Parlimen Putatan yang diadakan di Padang Astaka Padang daerah Putatan di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, program sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2023 itu diadakan buat julung kali serentak di daerah ini.

“Tujuan program ini adalah bagi menyemarakkan lagi semangat gotong-royong dan kerjasama dikalangan masyarakat di Parlimen Putatan.

“Walau dalam kesibukan mereka menjalani kehidupan seharian dan karier, mereka juga tidak lupa melaksanakan tuntutan agama.

“Diharap program ini mencapai objektifnya sekaligus berjaya menerapkan semangat bekerjasama di kalangan masyarakat Putatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Ibadah Korban Perdana Parlimen Putatan di sini hari ini. 

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Masjid Dhuyufurrahman Kampung Lok Kawi Baru, Mohd Din Kasiman menzahirkan rasa terima kasih kepada Pejabat Parlimen Putatan atas penganjuran program.

“Melalui program ini, fakir miskin dan orang kurang berkemampuan dapat menerima daging korban dan diharap program ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan,” katanya.

Turut menerima sumbangan daging korban ialah Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang diwakili Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, ASP Samsualan Samsudin yang menzahirkan kesyukuran terlibat menjayakan program tersebut.

“Tiga pegawai dan 15 anggota IPD Penampang terlibat dengan dibantu oleh dua pegawai bersama tiga anggota dari Jabatan Bomba bekerjasama bagi melancarkan proses penyembelihan serta pengagihan daging korban.

“Program ini berjaya memupuk semangat kekitaan bertepatan sekali dengan Community Policing Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada,” katanya. 

Hadir sama, Pegawai Daerah Putatan, Mokhtar Hussin dan  Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular