HomeIsu tempatanDua mangsa termasuk seorang anggota bomba terkena renjatan elektrik

Dua mangsa termasuk seorang anggota bomba terkena renjatan elektrik

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Dua orang mangsa lelaki termasuk seorang anggota bomba terkena renjatan elektrik dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Sembulan Tengah di sini pada Selasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.38 tengahari pada Selasa (4 Julai) mengenai kejadian kebakaran itu.

“Sepasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, BBP Penampang dan BBP Lintas bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal berserta sebuah bengkel membaiki kenderaan yang berada di tingkat bawah terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, terdapat dua orang mangsa, seorang mangsa adalah PB Mohd Ralie Abdul Manap yang bertugas di BBP Kota Kinabalu dan seorang mangsa lagi lelaki dewasa dilaporkan telah terkena renjatan elektrik.

“Kedua-dua mangsa mendapat rawatan awal dari anggota Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) seterusnya dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Turut dilaporkan terdapat lima buah kenderaan terlibat dalam kebakaran itu yang terkena bahangan api.

“Operasi terkawal pada jam 1.22 petang seterusnya kerja-kerja overhaul dijalankan dan setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain di sekitar kawasan tersebut, operasi ditamatkan pada jam 3.48 petang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular